PROGRAM PENGAJIAN
• (701) Sarjana Perguruan Ugama (Usuluddin)
• (702) Sarjana Perguruan Ugama (Syariah)
• (703) Sarjana Perguruan Ugama (Pendidikan Islam)
• (704) Sarjana Perguruan Ugama (Sejarah dan Tamadun Islam)
• (705) Sarjana Perguruan Ugama (Bahasa Arab)
• (706) Sarjana Perguruan Ugama (Kajian Ahli Sunnah Waljamaah)
• (707) Sarjana Perguruan Ugama (Sastera Islam)
SYARAT KEMASUKAN
1. Memperolehi salah satu kelulusan berikut:
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dari KUPU SB dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00.
Mana-mana Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid atau yang sebanding dengannya dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat KUPU SB.
2. Lulus dalam ujian kelayakan dan kesihatan.
Maklumat/syarat tambahan:
Bagi mod Tesis Penuh, pemohon hendaklah memperolehi ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dari KUPU SB dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas atau yang sebanding dengannya.
Pemohon matang: Jawatankuasa Kemasukan KUPU SB boleh mempertimbangkan permohonan sebagai pemohon matang tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Mempunyai pengalaman bekerja dengan kerajaan atau swasta dalam bidang yang bersesuaian tidak kurang daripada lima (5) tahun.
Memperolehi Ijazah Sarjana Muda ATAU yang setara dengannya.
Lulus dalam ujian kelayakan (jika perlu).
TEMPOH PENGAJIAN
Sepenuh Masa: Minimum satu setengah (1 ½) tahun atau tiga (3) semester biasa dan maksimum dua (2) tahun atau empat (4) semester biasa.
Separuh Masa: Minimum satu setengah (1 ½) tahun atau tiga (3) semester biasa dan maksimum empat (4) tahun atau lapan (8) semester biasa.
Tempoh yang ditetapkan Senat bagi keadaan dan syarat tertentu.
BAHASA PENGANTAR
Bahasa pengantar kursus-kursus dalam program ini adalah Bahasa Melayu. Dalam penyiapan projek, disertasi atau tesis, calon boleh memilih sama ada Bahasa Melayu, Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris dalam penulisan.
MOD PENGAJIAN
Mod A: Tesis sahaja
Bagi Pemegang Sarjana Muda Perguruan Ugama dengan PNGK 3.50 ke atas atau yang sebanding dengannya sahaja.
Mod B: Kerja Kursus dan Disertasi:
Bagi Pemegang Sarjana Muda PNGK 3.00
B1- Pemegang Sarjana Muda Perguruan Ugama atau yang sebanding dengannya;
B2- Pemegang Sarjana Muda Pengajian Islam;
B3- Pemegang Sarjana Pendidikan;
B4- Lain-lain Sarjana Muda