BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 16 Mei. - Pertandingan Reka Cipta Cakera Padat Multimedia Pendidikan Islam (CDMPI) merupakan hasrat Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) bagi menggalakkan penggunaan multimedia dalam proses pembelajaran dan pengajaran di setiap mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah-sekolah di negara ini.




Memartabatkan bidang syariah dalam pendidikan keguruan ugama melalui latihan, kajian, penyelidikan dan perkhidmatan berlandaskan al-Qur'an dan al-Sunnah dan melahirkan guru ugama yang bertakwa, berilmu, berakhlak mulia berkemahiran untuk membentuk masyarakat dan bangsa menjalankan perintah Allah dan mengamalkan sunnah Rasullullah Sallahu Alaihi Wasallam serta menyebarkan dakwah Islamiyyah dalam pelbagai media, metod, penyelidikan dan penerbitan.
Memartabatkan ilmu Usuluddin melalui perguruan ugama dengan proses pengajaran-pembelajaran, latihan, kajian, penyelidikan, perkhidmatan berlandaskan al-Qur'an dan al-Sunnah dan melahirkan pendidik yang bertakwa, berilmu, berakhlak mulia berkemahiran untuk membentuk masyarakat dan bangsa menjalankan perintah Allah dan mengamalkan sunnah Rasullullah Sallahu Alaihi Wasallam serta bertanggungjawab dalam menyampaikan dan mengembangluaskan ilmu Usuluddin dalam pelbagai media, metod, penyelidikan dan penerbitan.
Mempertingkatkan kewibawaan perguruan ugama bagi mendokong Islamisasi negara dan melahirkan pendidik yang mampu berkongsi pemikiran dan model program pendidikan perguran ugama berasaskan pengalaman dan kajian bagi meningkatkan keberkesanan pendidikan Islam di samping untuk mencapai kemuliaan akhlak dan kecemerlangan ilmu perguran yang terbilang di Alam Melayu bertaraf antarabangsa.



KM 2, Jalan Tutong,


