PENGENALAN
- Penubuhan "Pusat Latihan dan Peningkatan Kompetensi" (PLPK) di KUPU SB adalah satu langkah strategik dan memainkan peranan penting dalam mencapai VISI dan MISI KUPU SB sebagai institusi pendidikan tinggi yang unggul dan berdaya saing di peringkat global.
- Menjunjung dan Menanai inti pati Titah KDYMM : menghendaki KUPU SB menjana ilmu dalam bidang latihan, penyelidikan dan perkhidmatan.
- PLPK akan memberi tumpuan kepada latihan dan peningkatan kompetensi profesional berterusan (Continuous Professional Development), pensijilan yang relevan dengan industri dan mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning).
VISI
“Menjadi peneraju latihan dan peningkatan kompetensi yang unggul di Negara Brunei Darussalam dalam melahirkan modal insan selaku pendidik yang berilmu, beramal soleh, bertaqwa, berwatak hebat, berkemahiran dan berkepakaran tinggi memenuhi keperluan negara."
MISI
“Mencontohi Rasulullah ﷺ sebagai Guru Terunggul dalam menyebar dan mempertahankan ugama Islam tulen berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah melalui latihan dan peningkatan kompetensi yang berkesan, menjana kepakaran dalam mendidik dan mentarbiah anak bangsa berkonsepkan Melayu Islam Beraja dan Falsafah Pendidikan Negara."
MATLAMAT
Matlamat penubuhan Pusat Latihan dan Peningkatan Kompetensi adalah untuk melahirkan sumber tenaga manusia sebagai model insan yang berwibawa dan berpendidikan dalam keguruan untuk membentuk masyarakat dan bangsa yang berilmu, beramal dan bertaqwa menurut ajaran Ahli Sunnah Waljama'ah bermazhab Syafi'e serta mendukung kedudukan Ugama Islam sebagai ugama rasmi negara dan Konsep Negara Melayu Islam Beraja.
OBJEKTIF
- Menyediakan program latihan yang komprehensif untuk meningkatkan dalam pelbagai bidang yang bersesuaian seperti kemahiran teknikal, kemahiran insaniah (soft skills) dan kemahiran profesional.
- Menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan individu dan masyarakat.
- Menyelaraskan program latihan dengan
keperluan dan trend semasa industri.
- Meningkatkan kebolehpasaran peserta melalui pensijilan yang relevan dan latihan praktikal.
- Menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat melalui pembangunan kemahiran dan pengetahuan.
PROGRAM LATIHAN
PLPK akan menawarkan pelbagai program Latihan dan Peningkatan Kompetensi:
- Kemahiran & Kompetensi Teknologi Pendidikan Islam
- Kemahiran & Kompetensi Pendidikan dalam pelbagai bidang, Pedagogi, Peneyelidikan dan lain-lain.
- Kemahiran & Kompetensi Insaniah (soft skills)
- Pensijilan Profesional yang diiktiraf industri dalam bidang tertentu
- Kemahiran & Kompetensi pembangunan peribadi dan profesional
Program latihan yang disesuaikan dengan keperluan jabatan, Kementerian dan pemegeang taruh serta masyarakat awam
- Kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan permohonan peserta
PENTADBIRAN PUSAT
Dr. Kharhan bin Haji Jait
Pengarah / Penolong Profesor
E-mel : kharhan.jait@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277