PENGENALAN Pusat Kajian Fiqh al-Usrah diperkenankan penubuhannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menerusi warkah bilangan warkah bilangan: HMPO 4/2007/1 bertarikh 28hb Oktober 2015. Pusat ini diletakkan di bawah pentadbiran Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
OBJEKTIF - Menjadi pusat kajian dan penyelidikan ilmiah berhubung dengan kefahaman Fiqh al-Usrah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi keperluan ugama, masyarakat, negara dan negara.
- Mengembangluaskan dan menggalakkan budaya penulisan dan penyelidikan secara ilmiah dan emperik di kalangan tenaga akademik KUPU SB khususnya dan para intelektual serta ahli-ahli akademik dalam bidang keluarga Islam amnya. Melalui aktiviti tersebut diharap akan dapat memberi kontribusi nyata yang sesuai dengan prinsip-prinsip Islam.
- Menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak-pihak yang bekaitan di dalam dan luar negara untuk melakukan kajian dan penyelidikan mengenai Fiqh al-Usrah. Berkolaborasi dengan agensi-agensi yang berkenaan dalam meningkatkan penghayatan keluarga sakinah mawaddah dan rahmah di negara ini, serantau dan antarabangsa.
- Sebagai pusat kajian yang sentiasa memantau perkembangan kontemporari perundangan Islam yang berkaitan dengan keluarga Islam dan dapat membantu pihak yang berautoriti dalam perundangan Islam menangani isu-isu yang berkaitan dengan kes-kes Mal khususnya kes-kes yang tertangguh.
- Sebagai satu saluran pemberian perkhidmatan akademik dan sumbangan ke arah pembangunan keluarga sakinah mawaddah dan rahmah di Negara Brunei Darussalam.
- Melahirkan institusi keluarga Muslim yang berwawasan, mantap dan kukuh mengenai ajaran Islam terutama dalam bidang kekeluargaan.
PERANAN
- Pusat Kajian Fiqh al-Usrah berperanan sebagai institusi rujukan yang berhubungkait dengan kefahaman yang sahih tentang keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah.
- Pusat ini berperanan dalam menjalankan kajian kehidupan kekeluargaan dengan mengemukakan hujah-hujah ilmiah yang kukuh lagi bernas dalam bentuk tulisan, buku, poster dan sebagainya.
- Pusat ini juga akan bergiat aktif dalam sama-sama memberikan pemikiran kehidupan keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
- Pusat ini berperanan bagi mengenal pasti isu-isu kekeluargaan dan kaedah mengatasinya.
- Sebagai pusat yang bekerjasama dengan pihak yang berautoriti dalam mentafsir, menjelaskan dan memperincikan perkara yang berkaitan dengan Undang-Undang Keluarga Islam.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
- Ijazah Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Fiqh al-Usrah)
- Ijazah Sarjana Perguruan Ugama (Fiqh al-Usrah)
- Diploma Pengajian Fiqh al-Usrah
PENTADBIRAN PUSAT
Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar
Pengarah (Menjalankan Tugas) / Penolong Profesor E-mel : noralizam.aliakbar@kupu-sb.edu.bn No. Tel : 2 236277
SIti Musfirah binti Misli Penolong Pendaftar / Pegawai Pelajaran Ugama E-mel : musfirah.misli@kupu-sb.edu.bn No. Tel : 2 236277
STAF AKADEMIK
Awang Hilman bin Haji Salim Penolong Pensyarah (Cuti Belajar) E-mel : hilman.salim@kupu-sb.edu.bn No. Tel : 2 236277
Pengiran Norizzati binti Pengiran Haji Kasharan Penolong Pensyarah E-mel : norizzati.kasharan@kupu-sb.edu.bn No. Tel : 2 236277
Pengiran Hasnah binti Pengiran Haji Damit
Pembantu Pejabat / Pengendali Mesin Jilid Tingkat III E-mel : hasnah.damit@kupu-sb.edu.bn No. Tel : 2 236277
Abd Hakim bin Dr Haji Roslan Sukarelawan E-mel : hakim.roslan@kupusb.edu.bn No. Tel : 2 236277
E-mel : fiqh.alusrah@kupu-sb.edu.bn |