Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPejabat Antarabangsa dan Perhubungan Awam


PENGENALAN
Pejabat Antarabangsa dan Perhubungan Awam Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) adalah di bawah kawalan Timbalan Ra'es. Penubuhan Pejabat Antarabangsa dan Perhubungan Awam telah diluluskan oleh Senat Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan yang telah bersidang pada 21 Rabiulawal 1436 bersamaan 11 Februari 2015.


OBJEKTIF
Penubuhan Pejabat Antarabangsa dan Perhubungan Awam di KUPU SB adalah bagi membina dan mengembangluaskan hubungan antara KUPU SB dengan pihak-pihak berkepentingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Lebih-lebih lagi di barisan institusi-institusi pengajian tinggi tempatan, serantau dan antarabangsa. Ia termasuk untuk meningkatkan strategik pengurusan perhubungan dan pengurusan reputasi KUPU SB.


UNIT
Sebagai sebuah bahagian yang mempunyai dua peranan pengurusan dengan skop tugas dan tanggungjawab yang berlainan, maka dicadangkan bahagian ini dibahagikan kepada dua unitbagi mewujudkan satu pentadbiran yang bersistematik iaitu;
(1) Unit Antarabangsa, dan
(2) Unit Perhubungan Awam.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT ANTARABANGSA
  • Menguruskan memorandum-memorandum persefahaman (MoU) / persetujuan (MoA) antara KUPU SB dengan institusi pengajian tinggi dalam bidang pendidikan guru.
  • Pembangunan dan pengurusan perhubungan antarabangsa melibatkan lawatan-lawatan, acara-acara, promosi pengajian di KUPU SB, liputan media dan rangkaian dengan berbagai rakan kongsi di peringkat serantau dan antarabangsa.
  • Pengurusan program-program berkaitan pelajar melibatkan program pengajian di luar negara termasuk praktik mengajar di luar negara, pertukaran pelajar, lawatan ilmiah serta maklumat yang berkaitan dengannya.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT PERHUBUNGAN AWAM
  • Kerja-kerja penghebahan mengenai berita-berita Kolej Universiti, acara-acara tempatan dalam dan luar kampus, sebarang pembangunan dan perkembangan pencapaian projek-projek masa kini dan di masa hadapan.
  • Menjadi pihak tumpuan bagi semua agensi media bagi penghebahan sebarang maklumat dengan tepat termasuk pihak awam yang berkaitan termasuk acara "belajar di KUPU SB", promosi pengajian di KUPU SB, mengikuti dan penglibatan dalam jemputan-jemputan dalam pameran dan lain-lain.


PENTADBIRAN 

Pengiran Siti Katijah binti Pengiran Haji Sulaiman
Pengarah
E-mel :  katijah.sulaiman@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277

Ali Hardi bin Haji Mohammed
Pegawai Perhubungan KUPU SB-AsTEN
E-mel : hardi.mohammed@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277

Ahmad Humaizi bin Samihon
Pegawai Perhubungan KUPU SB-CAPEU
E-Mel : humaizi.samihon@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277


PERKERANIAN

Halisah @ Nur Khairunnisa Khalisah binti Jamil
Kerani
E-mel : khalisah.jamil@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277

E-mel :  ipro.kupusb@kupu-sb.edu.bn