Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKhairat Kemasyarakatan

PENGENALAN

Program Khairat Kemasyarakatan (KM) adalah salah satu komponen dalam kursus Kokurikulum yang ditawarkan oleh Pusat Ilmu Teras, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, yang merupakan antara kursus Teras Universiti bagi program-program Pra Siswazah (DTPU dan SMPU) dan Siswazah (DPULI, SPU dan PHD).

 

Sebagai sebuah institusi pengajian dan perguruan tinggi, pelajar bukan sahaja menerima ilmu daripada pensyarah, malahan dituntut untuk aktif dalam sebarang aktiviti Khairat Kemasyarakatan yang dilaksanakan dalam dan luar KUPU SB sebagai sumbangan kepada perkembangan ilmu dan khidmat masyarakat.

 

KANDUNGAN PROGRAM KHAIRAT KEMASYARAKATAN (KM)

SENARAI AKTIVITI YANG DITAWARKANSASARAN AKTIVITI

Sebarang bentuk kegiatan yang berkebajikan dan mendatangkan manfaat kepada masyarakat umum dan umat Islam khususnya, antaranya:

  • kerja-kerja amal (seperti kempen kebersihan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan);
  • aktiviti sukarelawan;
  • aktiviti pengajaran/ halaqah (seperti pengajaran al-Qur'an dan kitab Turath);
  • siri-siri ceramah/ tazkirah;
  • aktiviti keugamaan/ kemasyarakatan (seperti mengetuai bacaan tahlil, doa selamat, dikir Syarafil Anam dalam majlis-majlis tertentu);
  • menjadi AJK dalam majlis-majlis keugamaan dan kemasyarakatan; dll.

Pelajar-pelajar dalam program:

  • Pra Siswazah (DTPU dan SMPU); dan
  • Siswazah (DPULI, SPU dan PHD)

 

BENTUK KHAIRAT KEMASYARAKATAN (KM)

Program Terancang secara berkumpulan:

Kumpulan pelajar yang berhasrat untuk melaksanakan sesuatu program Khairat Kemasyarakatan (KM) hendaklah menghadapkan sebuah kertas kerja cadangan/ proposal lengkap dengan senarai nama AJK kepada pihak KUPU SB melalui penyelaras Khairat Kemasyarakatan/ Pengarah pusat Ilmu Teras[1] bagi mendapatkan kebenaran/pengesahan pihak KUPU SB.

 

Penglibatan secara individu:

Terlibat dalam kegiatan-kegiatan Khairat Kemasyarakatan secara sukarela sama ada dalam dan luar KUPU SB.

 

TEMPOH MASA

Program Khairat Kemasyarakatan dalam kursus Kokurikulum merupakan kegiatan berterusan bermula dari Semester I setiap sesi kemasukan sehingga semester terakhir dalam program-program berkenaan dan tidak tertakluk kepada hari-hari perkuliahan. (BOLEH DILAKSANAKAN PADA HARI-HARI KELEPASAN AWAM, CUTI UMUM SERTA CUTI SEMESTER).

 

JUMLAH JAM PENGLIBATAN PELAJAR (SETIAP SEMESTER)

Sekurang-kurangnya enam (6) jam dalam satu semester:

  • Dalam KUPU SB: sekurang-kurangnya 4 jam;
  • Luar KUPU SB: sekurang-kurangnya 2 jam.

PENILAIAN

Pelajar akan mengumpulkan markah melalui penyertaan dalam Khairat Kemasyarakatan (KM) dalam setiap semester dengan jumlah jam yang ditetapkan dan akan dijumlahkan pada setiap akhir semester.

Pelajar yang mengumpulkan kurang jumlah jam yang ditetapkan dalam sesuatu semester akan membawa baki jam ke semester yang seterusnya.


CATATAN PENGLIBATAN KHAIRAT KEMASYARAKATAN

Pelajar dikehendaki mencatatkan jam penglibatan dalam buku log masing-masing dengan pengesahan penganjur/penyelia dan akan disemak oleh penyelaras pada setiap akhir semester bagi tujuan penilaian.

 

PENUTUP

Penglibatan aktif para pelajar KUPU SB dengan kegiatan-kegiatan Khairat Kemasyarakatan diharapkan bukan sahaja untuk melengkapkan nilai kredit keseluruhan bagi kursus-kursus Kokurikulum, akan tetapi mampu mencapai matlamat kursus iaitu melahirkan sahsiah yang benar-benar berjati diri MIB dari aspek rohani, akhlak, intelek, jasmani, kemasyarakatan dan pembangunan potensi diri di samping membentuk peribadi yang sentiasa mengharap keredaan Allah jua. 

Text Box: LAMPIRAN A