Fakulti ini diketuai oleh seorang dekan dan dibantu oleh seorang timbalan dekan. Mempunyai sepuluh orang tenaga akademik dari kalangan warga tempatan dan luar negara yang berjawatan profesor madya, pensyarah kanan, pensyarah dan penolong pensyarah. Bagi memudahkan urusan pentadbiran, latihan, kajian, penyelidikan, perkhidmatan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
MISI
Memartabatkan ilmu dalam bidang Usuluddin dan perguruan Ugama melalui pengajaran-pembelajaran, latihan, kajian, penyelidikan, perkhidmatan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
MATLAMAT
Melahirkan dan membentuk sumber tenaga guru dan pendidik yang bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berkemahiran untuk membentuk masyarakat dan bangsa menjalankan perintah Allah dan mengamalkan sunnah Rasullullah Salallahu Alaihi Wassallam serta menyebarkan dakwah Islamiyyah ke seluruh alam. Bertanggungjawab dalam menyampaikan dan mengembangkan ilmu Usuluddin dalam pelbagai media, metod, penyelidikan dan penerbitan.
OBJEKTIF
- Mengadakan program akademik dan latihan perguruan yang berkualiti bagi keperluan ugama, bangsa dan negara.
- Melatih, membekal serta membangunkan sumber manusia yang bertakwa, berwibawa, proaktif serta berketrampilan dan bertanggungjawab.
- Menghasilkan penyelidikan dan penerbitan yang berkualiti serta bermanfaat bagi kepentingan umat sejagat.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
Fakulti Usuluddin bertanggungjawab menyedia, menawar dan menilai program yang berkaitan dengan bidang Usuluddin. Bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu, kecuali Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantarnya. Empat (4) program yang ditawarkan ialah:
- Ijazah Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Usuluddin)
- Ijazah Sarjana Perguruan Ugama (Usuluddin)
- Diploma Pengajian Tauhid
- Diploma Pengajian Tafsir dan Hadith.
Haji Mohd Azmi bin Haji Omar
Penolong Pensyarah
E-mel : azmi.omar@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Hajah Tiara binti Haji Basman
Penolong Pensyarah
E-mel : tiara.basman@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277 ext 625
PERKERANIAN