Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFakulti Pendidikan Sains Kemasyarakatan

​​​


PENGE​​NALAN


Fakulti Pendidikan Sains Kemasyarakatan di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan telah ditubuhkan setelah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam pada majlis konvokesyen ke-11 KUPU SB, 16 Rejab 1443H bersamaan 17hb Februari 2022M. Fakulti ini menawarkan program peringkat Doktor Falsafah Perguruan Ugama dan Sarjana Perguruan Ugama dalam bidang Sejarah dan Tamadun Islam serta bidang Sastera. Sijil Ikhtisas Kepimpinan Perguruan Ugama Lepasan Ijazah pula ditawarkan secara kerjasama dengan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia, kursus Teras Universiti (kelayakan bergraduat), Program Berkembar (Twinning Programme) dengan kerjasama universiti di luar negara iaitu Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan), Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Tekno-Keusahawanan), Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Keusahawanan Digital), Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Sains Sukan dan Kejurulatihan) dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Keusahawanan Halal) di peringkat Sarjana Muda. Fakulti juga turut menawarkan kursus-kursus jangka pendek dalam perkhidmatan (In Service) untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkualiti di Negara Brunei Darussalam. 


MATLAMAT


Bertekad dan beriltizam untuk melahirkan graduan yang memiliki kompetensi modal insan sebagai pendidik, jurulatih, pengurus, pengusaha yang kreatif dan inovatif dalam bidang sejarah dan tamadun, sastera, sains sukan, pendidikan jasmani, kejurulatihan dan keusahawanan.


TEMA


Menerajui Perguruan Ugama dan Sains Kemasyarakatan.


VISI


Menjadi fakulti yang cemerlang dalam bidang Pendidikan Sains Kemasyarakatan bagi melahirkan graduan modal insan yang soleh, peka dan berwibawa,  berjati diri Melayu Islam Beraja yang kompeten secara holistik, yang berilmu dan beramal serta mampu mengajarkannya dengan berkesan kepada pelajar dan masyarakat demi kebajikan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.


MISI


Menjana dan menatar ilmu melalui bidang pendidikan, pengajaran, penyelidikan, perundingan dan khidmat masyarakat dalam konteks Pendidikan Sains Kemasyarakatan selaras dengan visi dan misi universiti.


OBJEKTIF


1. Mewujudkan program pengajian Sains kemasyarakatan yang menjurus kepada bidang pendidikan selaras dengan penubuhan KUPU SB sebagai universiti pendidikan.


2. Melahirkan graduan yang terlatih dalam pelbagai bidang ilmu pengajian pendidikan sains sosial dan kemasyarakatan.

3. Mempertingkatkan aktiviti pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan pelbagai kegiatan kesarjanaan yang sesuai dengan peranan hakiki sebuah institusi pengajian tinggi.

4. Menyediakan modal insan generasi pendidik yang peka dan berwibawa dalam menerajui pendidikan negara pada masa hadapan selaras dengan misi dan visi universiti.

5. Meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bidang Sains Kemasyarakatan dalam kalangan  pelajar, masyarakat dan agensi luar melalui peluang latihan dan kursus yang disediakan.

6. Menjalin kolaborasi dengan sektor awam dan swasta untuk latihan, penyelidikan dan perundingan berkaitan Sains Kemasyarakatan Islam untuk keperluan perkembangan profesional.

​7. Mengambil bahagian secara aktif dalam kerja kemasyarakatan yang berkaitan dengan pendidikan sains kemasyarakatan di  peringkat tempatan dan antarabangsa.


PROGRAM PENGAJIAN LEPAS IJAZAH


BILKODNAMA PROGRAM
1804Ijazah Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Sejarah Dan Tamadun Islam)
​2
807
jazah Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Sastera Islam)
3
704
Ijazah Sarjana Perguruan Ugama (Sejarah Dan Tamadun Islam)
4
707Ijazah Sarjana Perguruan Ugama (Sastera Islam)
5 753​
Sijil Ikhtisas Kepimpinan Perguruan Ugama Lepasan Ijazah​




PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (BERKEMBAR)

BILKODNAMA PROGRAMKERJASAMA
1
603Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan)UMS
2
604Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Tekno-keusahawanan)UMS
3605Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Keusahawanan Digital)
UNIKL



​​

​​​​​​​

PENTADBI​RAN FAKULTI

Profesor Madya Dr. Mohd Shahril bin Ahmad Razimi
Profesor Madya
E-mel :  shahril.razimi@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277

Aqilah binti Haji Awang Bakar
Penolong Pendaftar / Guru Ugama Terlatih
E-mel :  aqilah.bakar@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277

Dk. Ummi NurSabrina binti Pg. Zulkifli
Pegawai Kegiatan (I-Ready)
E-mel : ummi.zulkifli@kupusb.edu.bn
No. Tel : 2 236277

STAF AKADEMIK

Dr Ahmad Yunus bin Kasim
Penolong Kanan Profesor
E-mel :  yunus.kasim@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277

Dr. Nazirul Mubin bin Ahad
Pensyarah
E-mel :  mubin.ahad@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277

Nur Fadilah Fakhriah binti Haji Yunos
Penolong Pensyarah (I-Ready)
E-mel : fakhriah.yunos@kupusb.edu.bn
No. Tel : 2 236277

PERKERANIAN

Ak. Muhammad Haziq bin Pg. Rosli
Pekerja Sambilan
E-mel : haziq.rosli@kupusb.edu.bn
No. Tel : 2 236277 

E-mel :  fpsk.kupusb@kupu-sb.edu.bn