Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Hal Ehwal Pelajar

​​​​​PENGENALAN
 
Bahagian Hal Ehwal Pelajar merupakan salah satu bahagian yang penting  dalam struktur KUPU SB. Ia adalah pusat yang menjadi saluran terancang dan sistematik dalam pengurusan hal ehwal pelajar di luar bidang akademik. Tumpuan utama operasionalnya ialah pengembangan pelajar dari segi akal, rohani dan jasmani serta bakat terutamanya dalam aspek  pembentukan keterampilan personaliti yang sesuai sebagai bakal seorang guru ugama di samping bertanggungjawab mengurus kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan pelajar.

Hal Ehwal Pelajar diketuai oleh Dekan Pelajar dan dibantu oleh Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar serta ketua-ketua unit dalam bahagian Hal Ehwal Pelajar.

MISI
Menyediakan perkhidmatan bagi kebajikan, kesejahteraan dan pembangunan sahsiah pelajar dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani selaras dengan visi dan misi KUPU SB. 

OBJEKTIF
1.  Memberikan motivasi melalui perkhidmatan program yang komprenhensif dan sistematik bagi pembangunan sahsiyah pelajar.
2.  Memberikan pengukuhan ilmu Fardhu 'Ain.
3.  Memberikan dan mengembangkan program pembangunan sahsiyah dan kepimpinan.
4.  Menggalak dan melibatkan pelajar dalam aktiviti kemasyarakatan.

FUNGSI
  • Merancang, memantau perkhidmatan dan kemudahan kepada pelajar di samping berusaha menyediakan suasana kampus khususnya kolej kediaman yang kondusif untuk pembelajaran dan pembangunan sahsiah pelajar.
  • Merancang , mengurus dan memantau kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan pelajar agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian mereka.
  • Melahirkan dan meningkatkan kualiti kepimpinan organisasi pelajar dengan menjana kepimpinan dan sahsiah pelajar melalui perancangan aktiviti-aktiviti berpesatuan, kerohanian, kesenian dan kebudayaan Islam, sukan dan rekreasi, keusahawanan, informasi dan publisiti, dan khidmat masyarakat.
  • Merancang, mengurus dan menyelaras kewangan pelajar.
  • Merancang dan mengurus dasar-dasar dan peraturan berkaitan dengan fungsi dan pengurusan Hal Ehwal Pelajar.
  • Merancang, mengurus dan memantau pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar.
  • Merancang, mengurus dan memantau aktiviti pembangunan sahsiah, kerohanian, kesenian dan kebudayaan, latihan dan kepimpinan pelajar.
  • Merancang, mengurus dan memantau aktiviti perkhidmatan dan kebajikan pelajar.
  • Merancang dan menyediakan aktiviti perkembangan tenaga kerja Bahagian Hal Ehwal Pelajar. 

PENTADBIRAN HEP

Dr. Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk
Dekan / Pensyarah
E-mel :  azmi.muluk@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277 

Nurul Atteyia Bahtriyah binti Md Salleh
Timbalan Dekan / Penolong Pensyarah
E-mel :  atteyia.salleh@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277

Amshahnoorwadi binti Haji Yakub
Penolong Pendaftar / Pegawai Pelajaran Ugama
E-mel :  amshah.yakub@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277 ext 368


STAF

Hajah Norainun binti Haji Samsu
Penolong Pegawai Kesejahteraan (Siswi)
E-mel :  nurainun.samsu@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277 ext 303

Abdul Hadi bin Haji Abdullah
Guru Ugama Terlatih
E-mel :  abdulhadi.hjabdullah@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277

​Hajah Asmah binti Haji Suhaili
Guru Ugama Terlatih
E-mel :  asmah.suhaili@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277 ext 368


UNIT KOLEJ KEDIAMAN

Mohammad Ali bin Haji Kamaruddin
    Pengendali Mesin Cetak Offset Tingkat III
    E-mel : ali.kamaruddin@kupu-sb.edu.bn
    No. Tel : 2 236277

Amirul Amirunizam bin Moksin
Penyelia Asrama Tingkat III
E-mel :  amirul.moksin@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277 ext 368



E-mel :  hep.kupusb@kupu-sb.edu.bn