Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPusat Pengajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama'ah

LATAR BELAKANG

Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah diperkenankan penubuhannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam menerusi warkah bilangan HMPO 4/2007/IV bertarikh 06 Mac 2011. Pusat ini seterusnya diisytiharkan penubuhannya oleh Baginda sendiri pada 24 Rabiulakhir 1432 bersamaan 29 Mac 2011 bersempena dengan Seminar Antarabangsa Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah anjuran Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama bersempena Sambutan Jubli Perak Pusat Dakwah Islamiah.

Pusat yang dihasratkan untuk mengukuhkan akidah Ahli Sunnah Waljama’ah di Negara Brunei Darussalam ini diletakkan di bawah pentadbiran Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

“Ahli Sunnah Waljama’ah sebagai pegangan rasmi kita, telah dikenal pasti sebagai bersumber daripada Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Ia teradun dan terbina daripada nas-nas dan dalil-dalil syara’ yang sahih. Ia juga terbukti sebagai DASAR dan PEGANGAN berugama yang berjaya, sehingga mampu menjadikan ummah dan Negara benar-benar sejahtera. 

Maka oleh itu, bagi tujuan mengukuhkan lagi Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah di Brunei Darussalam, Beta dengan amat sukacita mengumumkan penubuhan  “PUSAT PENGKAJIAN KEFAHAMAN AHLI SUNNAH WALJAMA’AH” di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), kerana ia amatlah penting dipelajari, difahami, dan dipegang kuat-kuat, supaya masyarakat kita terus selamat”.

(Petikan Titah sempena Seminar Antarabangsa Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah sempena Sambutan Jubli Perak Pusat Dakwah Islamiah, pada 24 Rabiulakhir 1432H/29 Mac 2011)


OBJEKTIF
  • Menjadi pusat kajian dan penyelidikan ilmiah berhubung dengan kefahaman Ahli Sunnah Waljama'ah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi keperluan masyarakat, negara dan ummah.
  • Merintis budaya penulisan dan penyelidikan di kalangan tenaga akademik KUPU SB khususnya dan para intelektual serta ahli-ahli akademik ugama umumnya.
  • Berusaha menjalin hubungan kerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan di dalam dan luar negara untuk menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai kefahaman Ahli Sunnah Waljama'ah.
  • Sebagai pusat pengumpulan data dan maklumat serta bahan-bahan rujukan Islam berhubung kefahaman Ahli Sunnah Waljama'ah.
  • Sebagai satu saluran pemberian perkhidmatan akademik dan sumbangan ke arah penghayatan kefahaman Ahli Sunnah Waljama'ah, serta memperkukuh konsep Negara Zikir dan konsep Negara Melayu Islam Beraja di Negara Brunei Darussalam.
 
VISI
Membangun kefahaman Ahli Sunnah Waljama'ah dalam masyarakat agar kukuh berugama dan tekun beramal soleh dalam kehidupan yang harmoni.

MISI
Memperkasa kefahaman Ahli Sunnah Waljama'ah sebagai pegangan ugama tulen di Negara Brunei Darussalam dalam mendidik masyarakat agar sentiasa diredhai dan diberkati oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

MATLAMAT 
Memelihara dan mengukuhkan kedudukan Ahli Sunnah WalJama’ah di Negara Brunei Darussalam dan juga rantau Asia Tenggara.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB
  1. Menjadi tempat rujukan masyarakat mengenai kefahaman aqidah Ahli Sunnah WalJama’ah.
  2. Mengatasi sebarang bentuk tohmahan terhadap Islam seperti isu menghina hadis, aqidah menyeleweng dan seumpamanya sama ada berupa lisan atau tulisan, dengan mengemukakan hujah-hujah ilmiah yang kukuh lagi bernas dalam bentuk tulisan atau buku-buku. 
  3. Menjalankan kegiatan penyebaran di peringkat serantau dan antarabangsa dalam sama-sama menangani isu-isu aqidah  semasa seperti fahaman Islam Liberal, pluralisma, gerakan Jemaah Islamiah dan Islamphobia.
  4. Mengenal pasti gerakan-gerakan yang cuba menyelewengkan ajaran suci agama Islam dan fahaman-fahaman yang dibawa oleh arus permodenan.
PELAN TINDAKAN
  • Melaksanakan Jerayawara Majlis Ilmu di daerah-daerah dan institusi pendidikan.
  • Mengadakan kerjasama dengan institusi yang berkenaan bagi tujuan menyebarluaskan kefahaman Ahli Sunnah Waljama'ah.
  • Membangun budaya mengkaji dan menulis di kalangan pensyarah KUPU SB tentang perkara yang berhubungan dengan isu ugama dalam masyarakat.
  • Menerbitkan Jurnal Berwasit Antarabangsa yang mengambil tema "Ahli Sunnah Waljama'ah".
 

PENTADBIRAN PUSAT

Prof. Madya Dr. Syamsul Bahri Andi Galigo
Pengarah
E-mel :  bahri.galigo@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277

Mohammad Muslihuddin Syah bin Haji Mustafa
Pegawai Penyelidik
E-mel :  muslihuddin.mustafa@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277


PERKERANIAN

Dayangku Siti Adee Mardhiah Nasahannie binti Pengiran Haji Sabtu
Kerani Tingkat III
E-mel :  mardhiah.sabtu@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277 

Dayangku Mariani binti Pengiran Manggong
Pembantu Kerani
E-mel :  mariani.manggong@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277