Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pandangan Graduan

Dayang Rosmawati binti Haji Jumat Sarjana Muda Perguruan Ugama (Syariah)

Dayang Rosmawati binti Haji Jumat Sarjana Muda Perguruan Ugama (Syariah) - Pengalaman sepanjang pengajian di KUPU SB lebih kurang selama empat tahun dan merupakan pelajar yang sudah mendirikan rumah tangga serta mempunyai anak, menjadikan saya seorang yang tabah dan berazam untuk menamatkan pengajian walaupun menempuhi pelbagai cabaran. Ia mendisiplinkan diri saya untuk belajar mengatur dan menyeimbangkan masa dalam menyiapkan tugasan dan yang berkaitan dengan kajian di samping tanggungjawab yang perlu ditunaikan kepada keluarga. Ini mengajar saya untuk menjadi seorang yang berdaya saing dan bersemangat untuk belajar. Untuk memperoleh kejayaan, perjumpaan susulan dan pertanyaan dengan pensyarah berkenaan di samping perjumpaan dengan pensyarah lain juga dilakukan untuk memahami lagi perkara yang berkaitan dengan isi pelajaran, tugasan dan permasalahan yang timbul selain berbincang bersama kawan atau membuat study group.
Attachments