Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PASTIKAN DASAR SELARI TUNTUTAN ISLAM

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Mac. - Maqasid Syariah adalah merupakan salah satu elemen penting yang diambil kira dalam proses penentuan sesetengah hukum syarak bagi permasalahan-permasalahan dan isu-isu semasa.

Kepentingan dan peranan Maqasid Syariah tidak sahaja terhad pada penentuan dalam sesuatu permasalahan hukum, bahkan penggunaannya adalah lebih meluas untuk diaplikasikan dalam sistem pembangunan sesebuah negara Islam dalam usaha untuk memastikan penggubalan dasar-dasar dan polisi-polisi yang berkaitan dengan sosial,ekonomi dan politik supaya selari dengan tuntutan dan lunas-lunas Islam. 


RA'ES KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, selaku Pengerusi Bersama Majlis semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis tersebut.

CERAMAH Khas yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Ilmu Teras, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

Kesannya, penerapan elemen Maqasid Syariah dalam semua aspek kehidupan boleh memberikan nilai-nilai kesejahteraan sepertimana dianjurkan oleh ajaran Islam.

Demikianlah kesimpulan Ceramah Khas bertajuk 'Maqasid Syariah' yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Ilmu Teras, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar pada Majlis Perhimpunan Khas sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36, Tahun1441H/ 2020M bagi Warga Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok, di sini. 

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama hadir pada Majlis Perhimpunan Khas sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36, Tahun 1441H / 2020M bagi Warga Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.

Pada majlis tersebut, Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar selaku Pengerusi Bersama dalam ucapan alu-aluannya, antara lain melahirkan harapan agar pengisian acara pada kali ini akan menjadi inspirasi kepada semua yang hadir, untuk terus bekerjasama berbuat amal kebajikan, berasaskan keimanan, ketakwaan dan keikhlasan dalam menunaikan amanah kepada ugama, umat, negara, bangsa, keluarga dan diri sendiri demi mendapatkan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala. 

PERSEMBAHAN Puisi dan Menambang Syair menyerikan lagi perhimpunan tersebut.

Terlebih dahulu, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan bacaan Saiyyidul Istighfar dan nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'. 

maqasid2_b.jpg

ACARA diserikan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Saiyyidul Istighfar beramai-ramai.

Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim oleh Awang Haji Manan bin Haji Osman dari KUPU SB.

Beberapa persembahan bagi menyemarakkan lagi semangat sambutan hari kebangsaan pada tahun ini, termasuk persembahan Puisi, berjudul 'Lewat Gerbang Kemerdekaan' oleh Dayang Nurul Amalyna binti Abdul Majid dan menambang Syair al-Marhum bertajuk 'Syair Asli Rajang Hari Muda Omar 'Ali Saifuddin' yang dibacakan oleh Dayang Amal Nazirah binti Haji Asmat. 

PARA pegawai dan kakitangan KHEU yang menghadiri perhimpunan tersebut (atas dan bawah).


Selain itu, persembahan Pantomin yang bertajuk 'Mensyukuri Nikmat Kemerdekaan' yang dijayakan oleh pegawai-pegawai dan Guru-guru Ugama dari Jabatan Pengajian Islam.

Acara bertujuan bagi menyuntik rasa cinta kepada tanah air, seterusnya meningkatkan semangat patriotik melalui kesenian dan kebudayaan berteraskan Melayu Islam Beraja. Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.


(Petikan dari Pelita Brunei, Isnin 9 Mac 2020 oleh Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad dan Foto oleh Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

Attachments