Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MINGGU TA'ARUF PELAJAR BAHARU KUPU SB, 29 JULAI - 3 OGOS

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 Julai. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengadakan taklimat Minggu Ta'aruf bersama ibu bapa dan penjaga bagi pelajar baharu pengambilan ke-13, sesi pengajian 2019 / 2020 KUPU SB berlangsung di Dewan Tarbiyah kolej berkenaan.

Seramai 236 pelajar baharu iaitu 92 pelajar lelaki dan 144 pelajar perempuan akan menjalani Minggu Ta'aruf, bermula 29 Julai hingga 3 Ogos 2019.

TAKLIMAT disampaikan oleh Pegawai-pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Taklimat berkenaan merupakan salah satu usaha untuk memberi pendedahan tentang kepentingan memahami Falsafah, Visi dan Misi KUPU SB sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Perguruan Ugama di Negara Brunei Darussalam selain memperkenalkan program, kurikulum dan kegiatan-kegiatan yang dilaksanakan di bawah kokurikulum, KUPU SB.

Di samping itu, ia juga diharap dapat meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab dalam mematuhi peraturan di dalam Kolej Universiti.

PELAJAR-PELAJAR baharu pengambilan ke-13 bersama ibu bapa dan penjaga semasa mendengarkan taklimat tersebut.

Taklimat-taklimat disampaikan oleh para pegawai dari Hal Ehwal Pelajar KUPU SB yang turut menjelaskan mengenai peraturan-peraturan yang perlu diambil maklum sepanjang pengajian pelajar di Kolej Universiti termasuk peraturan hostel dan etika berpakaian.


(Petikan dari Pelita Brunei, Isnin 22 Julai 2019 oleh Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim)


Attachments