Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MEMPERKASA KEFAHAMAN AKIDAH UMAT ISLAM

‚ÄčBANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 April. - Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah (ASWJ) dan Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Seminar Kefahaman Aqidah dan Pemikiran Semasa 2018 (SEKAPES 2018) selama dua hari yang berakhir hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis penutup seminar yang diadakan di KUPU SB, di sini ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar (empat, kiri) semasa hadir pada Majlis Penutup Seminar Kefahaman Aqidah dan Pemikiran Semasa (SEKAPES) 2018. 

Majlis dimulakan dengan pembentangan kertas kerja utama yang disampaikan oleh Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal, diikuti dengan pembentangan resolusi seminar oleh Penolong Kanan Profesor Fakulti Usuluddin KUPU SB, Dr. Mikdar Rusdi.

Seterusnya Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Awang Haji Adanan bin Haji Basar menyerahkan resolusi seminar kepada tetamu kehormat.


TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom (kanan) menerima Resolusi Seminar daripada Pemangku Ra'es Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Awang Haji Adanan bin Haji Basar.

Majlis disusuli dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada pembentang yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Seminar yang bertemakan 'Aqidah ASWJ Asas Kesejahteraan Negara' ini, bertujuan untuk memperkasa kefahaman akidah dalam kalangan umat Islam masa kini. Ia juga bertujuan untuk menangani fahaman dan pemikiran semasa yang bertentangan dengan ajaran akidah ASWJ, di samping mengenal pasti isu-isu dan cabaran dalam pendidikan akidah serta menyebarluaskan pendidikan akidah dalam masyarakat menerusi karya ilmiah.

Selain itu, seminar ini juga mampu mengukuhkan dasar dan keharmonian Negara Brunei Darussalam dalam mengekalkan pendirian negara yang berkaitan dengan kefahaman dan pendidikan akidah.


(Petikan dari Pelita Brunei, Sabtu 28 April 2018 oleh Dk Vivy Malessa Pg Ibrahim)

Attachments