Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

105 PELAJAR BAHARU KUPU SB MULAKAN MINGGU TA'ARUF

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Julai. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan(KUPU SB)melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan taklimat Minggu Ta'aruf di Perkampungan Sukan, Berakas bagi pelajar baharu Pengambilan Ke-16, Sesi Pengajian 2022 / 2023 KUPU SB.

Seramai 105 orang pelajar baharu, iaitu seramai 40 orang pelajar lelaki dan 65 orang pelajar perempuan akan menjalankan Minggu Ta'aruf, KUPU SB bermula 23 hingga 28 Julai 2022.

Taklimat tersebut antara lain adalah untuk memperkenalkan budaya hidup di KUPU SB dalam konteks kemahiran mengurus masa, menyuburkan budaya menuntut ilmu dan mengenali serta membiasakan diri dengan rutin harian dan persekitaran KUPU SB.

Selain itu, ia dihasratkan untuk dapat meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab mematuhi peraturan KUPU SB, seterusnya,bagi mengeratkan silaturahim antara warga kolej universiti disamping memelihara dan memartabatkan nama baik KUPU SB.

Taklimat disampaikan oleh Dekan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, KUPU SB, Dr. Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk mengenai beberapa tugas dan tanggungjawab pelajar yang perlu diambil maklum sepanjang pengajian pelajar di kolej universiti termasuk peraturan hostel dan etika berpakaian.

taaruf22_1.png

TAKLIMAT disampaikan oleh Dekan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk.

Aktiviti diteruskan lagi dengan taklimat daripada Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAIDSCouncil) mengenai HIV Awareness Program for Peers and Youth (HAPPY).

Ia bertujuan untuk mengembangkan kesedaran tentang isu berkaitan HIV dan AIDS agar mendapatkan maklumat yang baik dan menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Taklimat juga diteruskan mengenai kesejahteraan yang disampaikan oleh Pegawai Kesejahteraan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, KUPU SB selepas Solat Fardu Asar.

Turut hadir pada taklimat tersebut ialah para pegawai,kakitangan dan Majlis Persatuan Pelajar, KUPU SB.

taaruf22_2.png

ANTARA yang mendengarkan taklimat Minggu Ta'aruf di Perkampungan Sukan, Berakas bagi pelajar baharu Pengambilan Ke-16, Sesi Pengajian 2022 / 2023 KUPU SB.


(Petikan dari Pelita Brunei, Isnin 25 Julai 2022. Siaran Akhbar dan Foto : Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan)

Attachments