Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PERTANDINGAN AZAN, RAWI KUPU SB SERIKAN PENTAS PERAYAAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 16 Julai. - Awang Mohammad Syafiq bin Mohammad Suhardie dan Dayang Siti Nurlyana binti Abdullah Emran masing-masing muncul juara pada Pertandingan Azan dan Rawi anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan Kerjasama Jawatankuasa Persembahan Pentas Perayaan bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-76, Tahun 2022. 

Seramai 10 peserta mengambil bahagian pada pertandingan tersebut yang berlangsung di Pentas Perayaan, Kawasan letak kereta berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan, baru-baru ini. 

Hadir selaku tetamu khas, seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Dekan Hal Ehwal Pelajar, KUPU SB, Dr. Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk. 

Atur cara turut diserikan dengan bacaan Selawat Tafrijiyah yang dipersembahkan oleh Mahasiswa KUPU SB. Juga hadir, pegawai-pegawai utama, pensyarah, kakitangan dan pelajar KUPU SB serta para jemputan.


rawi.png

ANTARA Peserta pada Pertandingan Azan dan Rawi anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).


(Petikan dari Pelita Brunei, Isnin 18 Julai 2022. Oleh: Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin Foto: Ihsan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan)

Attachments