Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

TINGKAT KETAKWAAN, KEIMANAN MENCARI MALAM LAILATULQADAR

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 April. - Majlis Penutup Tadarus Ihya Ramadan Bagi Tahun 1443H / 2022M yang dikelolakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) berlangsung baru-baru ini di Dewan Tarbiyah, KUPU SB selepas waktu Asar.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

Majlis juga dihadiri oleh para Pegawai Utama, para pensyarah dan kakitangan KUPU SB.

Majlis Penutup Tadarus dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna dan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam beramai-ramai.

Seterusnya bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis.

Doa sebelum membaca Al-Quran dan bacaan dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas dipimpin oleh Pegawai Pelajaran Pusat Ilmu Teras, Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya.

Kemudian, bacaan Doa Khas Khatam Al-Quran dibacakan oleh Pegawai Kegiatan Luar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Ampuan Muhammad Fuad bin Ampuan Babba.

tadarus.png

RA'ES Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penutup Tadarus Ihya Ramadan Bagi Tahun 1443H / 2022M, yang diadakan di Dewan Tarbiyah, KUPU SB.

Majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil yang diketuai oleh Pemangku Pegawai Kesejahteraan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Abdul Hadi bin Haji Abdullah.

Bacaan Doa Tahlil pula dibacakan oleh Dekan Pelajar, Ali Hardi bin Haji Mohamed.

Manakala bacaan Selawat Tafrijiyyah diketuai oleh Penolong Ketua Keugamaan dan Ta'mir Surau, MPP KUPU SB, Awang Aqil Arfan bin Arjune.

Majlis diserikan lagi dengan Iftar Jama'ie, Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak serta Sembahyang Sunat Tarawih Berjemaah di Surau Siswa KUPU SB.

Majlis seumpamanya merupakan aktiviti tahunan yang diadakan pada setiap penghujung bulan suci Ramadan dengan tujuan untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan dalam mencari malam Lailatulqadar, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara para pegawai, pensyarah dan kakitangan KUPU SB.

KUPU SB turut menyemarakkan lagi kemuliaan bulan suci Ramadan 1443H / 2022M dengan mengadakan Program Qiamullail pada Subuh, 29 April 2022 di Surau Siswa, KUPU SB dan Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri.


(Petikan dari Pelita Brunei, Isnin 02 Mei 2022. Siaran Akhbar dan Foto : Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan)

Attachments