Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksUnit Bimbingan dan Kaunseling

PENGENALAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) KUPU SB menawarkan sesi kaunseling individu mengenai perkara yang berkaitan dengan akademik, kerjaya dan peribadi khususnya pelajar dan warga KUPU SB.  Sesi kaunseling kelompok juga merupakan satu pendekatan yang dinamik bagi menyokong dan memotivasikan pelajar dalam sama-sama menyelesaikan masalah bersama ahli kumpulan.  

Unit ini juga memainkan peranan sebagai perkhidmatan dokongan (supporting role) kepada pelajar dan warga KUPU SB, di samping memberikan peluang pembaikan melalui bimbingan dan pemahaman permasalahan seperti masalah disiplin dan etika pelajar, termasuk kurang komitmen dan motivasi yang dihadapi sebelum tindakan tatatertib dikenakan ke atas pelajar dan juga, ,membantu meningkatkan lagi produktiviti pelajar tersebut.  

Perkhidmatan kaunseling KUPU SB dibukakan kepada semua pelajar dan warga KUPU SB. 

Jika anda mencari sokongan peribadi, ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan kaunseling atau tempah temu janji melalui emel rasmi ubk@kupusb.edu.bn, atau isikan borang di https://forms.gle/FABdjsjcp1x3k48e6 .  Untuk temu janji segera, anda boleh singgah ke Pejabat Kaunselor di Tingkat 1 Bilik 3, Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUPU SB.


JENIS PERKHIDMATAN​

  1. Individu
  2. Kelompok​
PERKHIDMATAN​
  • ​Kaunseling Akademik
  • Kaunseling Kerjaya
  • Kaunseling Keluarga
  • Kaunseling Hubungan 

WAKTU KONSULTASI

Hari:  Isnin – Khamis & Sabtu
8.30 pagi – 4.00 petang

KAUNSELOR

Siti Nor Hafidzah binti Haji Mohd Shukri
Pegawai Kaunseling (Perantis)
E-mel :  hafidzah.shukri@kupusb.edu.bn
No. Tel :  +673 8969608

Dk Suzierra binti Pg Kamal Shah
Pegawai Kaunseling (Perantis)
E-mel :  suzierra.kamalshah@kupusb.edu.bn
No. Tel :  +673 8996363​​

​​