Keterangan program pada pautan berikut:
(Program adalah tertakluk kepada penawaran dari masa ke semasa)
1. Program Ijazah Doktor Falsafah
2. Program Ijazah Sarjana
3. Program Diploma Lepas Ijazah
4. Program Sijil Lepas Ijazah
5. Program Sarjana Muda
6. Program Diploma Tertinggi
7. Program Diploma
PANDUAN MEMOHON DAN PROSES KEMASUKANPENDAFTARAN: Pemohon hendaklah mendaftarkan permohonan melalui pendaftaran dalam talian (online). Pendaftaran yang terkini akan digunakan bagi permohonan yang dibuat berulang- ulang.TAPISAN KELAYAKAN: Semua permohonan akan melalui tapisan kelayakan untuk mengesahkan pemohon layak atau tidak bagi program yang dipohon dalam masa yang sama menimbangkan keperluan ujian/temuduga.UJIAN DAN TEMUDUGA: Hanya pemohon yang berkenaan sahaja dipanggil untuk ujian/temuduga.SIARAN KEPUTUSAN: Senarai pemohon yang berjaya akan disiarkan pada laman web rasmi KUPU SB. Sebarang rayuan hendaklah ditujukan kepada Pendaftar, KUPU SB dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh keputusan disiarkan. Keputusan adalah tertakluk kepada pengesahan maklumat permohonan.PENGESAHAN: Pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan maklumat permohonan. Pengesahan dibuat di Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Akademik, KUPU SB pada suatu tarikh yang akan ditetapkan. Pemohon dikehendaki membawa bersama salinan- salinan pengenalan diri, sijil-sijil akademik dan dokumen lain yang berkaitan.PEMBAYARAN: Pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak $5.00 (Lima ringgit Brunei Sahaja) hendaklah dibuat di kaunter Pejabat Bendahari, KUPU SB semasa membuat pengesahan maklumat permohonan.Pihak KUPU SB boleh menolak permohonan yang tidak lengkap atau dihantar lewat atau mengandungi maklumat yang palsu/tidak tepat.Panduan memohon dan proses kemasukan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa mengikut keadaan (jika perlu).
NOTA UMUM(Bagi Permohonan Biasa)
Pemohon Biasiswa Kerajaan Negara Brunei Darussalam hendaklah:
Terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.Memperolehi sekurang-kurangnya Kepujian (Credit) Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat ‘O’ atau yang setara dengannya.
Penganugerahan Biasiswa Kerajaan adalah tertakluk kepada kelayakan dan sokongan pihak KUPU SB.Bagi pemohon dengan kelulusan Brunei-Cambridge GCE peringkat ‘A’, kelulusan hendaklah diperolehi dalam peperiksaan tidak melebihi daripada dua (2) kali berturut-turut.Pemohon yang berjaya hendaklah lulus tapisan keselamatan yang dikehendaki oleh KUPU SB.
YURAN PROGRAMYuran setiap program KUPU SB (tidak termasuk bayaran-bayaran lain) adalah seperti berikut:Peringkat Program
| Yuran (Sepenuh Masa/Separa Masa)
| Ijazah Doktor Falsafah
| BND9,000 / Per Program
| Ijazah Sarjana
| BND3,000 / Per Program
| Diploma/Sijil Lepas Ijazah
| BND3,000 / Setahun
| Ijazah Sarjana Muda
| BND3,000 / Setahun
| Diploma Tertinggi
| BND2,700 / Setahun
|
| PERMOHONAN KEMASUKAN SESI AKADEMIK 2025/2026 Admission application for academic session 2025/2026
Bagi permohonan biasa, Permohonan Kemasukan bagi sesi Akademik 2025/2026(Kini dibuka dari 08 Februari - 08 Mac 2025) _____________________________________
BRUNEI DARUSSALAM GOVERNMENT SCHOLARSHIP (BDGS) FOR FOREIGN STUDENT___________________________________________
Permohonan secara dalam talian/ Online Application:
_________________________________________________
|