PUSAT PENGKAJIAN KEFAHAMAN AHLI SUNNAH WALJAMA’AH

MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
KM 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
Bandar Seri Begawan BA 2111
Brunei Darussalam
 
pusat.pkaswj@kupu-sb.edu.bn
+673 2 236277

​​​​Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah diperkenankan penubuhannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam menerusi warkah bilangan HMPO 4/2007/IV bertarikh 06 Mac 2011. Pusat ini seterusnya diisytiharkan penubuhannya oleh Baginda sendiri pada 24 Rabiulakhir 1432 bersamaan 29 Mac 2011 bersempena dengan Seminar Antarabangsa Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah anjuran Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama bersempena Sambutan Jubli Perak Pusat Dakwah Islamiah.

Pusat yang dihasratkan untuk mengukuhkan akidah Ahli Sunnah Waljama’ah di Negara Brunei Darussalam ini diletakkan di bawah pentadbiran Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

____________________________________________________________

“Ahli Sunnah Waljama’ah sebagai pegangan rasmi kita, telah dikenal pasti sebagai bersumber daripada Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Ia teradun dan terbina daripada nas-nas dan dalil-dalil syara’ yang sahih. Ia juga terbukti sebagai DASAR dan PEGANGAN berugama yang berjaya, sehingga mampu menjadikan ummah dan Negara benar-benar sejahtera.

Maka oleh itu, bagi tujuan mengukuhkan lagi Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah di Brunei Darussalam, Beta dengan amat sukacita mengumumkan penubuhan “PUSAT PENGKAJIAN KEFAHAMAN AHLI SUNNAH WALJAMA’AH” di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), kerana ia amatlah penting dipelajari, difahami, dan dipegang kuat-kuat, supaya masyarakat kita terus selamat”.

(Petikan Titah sempena Seminar Antarabangsa Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah sempena Sambutan Jubli Perak Pusat Dakwah Islamiah, pada 24 Rabiulakhir 1432H/29 Mac 2011)

____________________________________________________________

VISI

Menerapkan dan mengaplikasikan kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah dalam perguruan ugama dan masyarakat agar kukuh berugama dan beramal soleh dalam kehidupan yang harmoni.

MISI

Memperkasa dan menyebarkan kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah sebagai pegangan ugama Islam tulen di Negara Brunei Darussalam dalam mendidik guru-guru ugama dan masyarakat agar sentiasa diredhai dan diberkati oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

OBJEKTIF

  1. Menjadi pusat kajian dan penyelidikan ilmiah berhubung dengan kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi keperluan perguruan ugama, masyarakat, negara dan ummah.
  2. Membudayakan amalan penulisan dan penyelidikan dalam kalangan tenaga akademik KUPU SB khususnya dan para intelektual serta ahli-ahli akademik umumnya.
  3. Mengembangkan hubungan kerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan di dalam dan luar negara untuk menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah.
  4. Sebagai satu saluran pemberian perkhidmatan akademik dan sumbangan ke arah penghayatan kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah di Negara Brunei Darussalam.

 

  1. Ijazah Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Kajian Ahli Sunnah Waljamaah)
  2. Ijazah Sarjana Perguruan Ugama (Kajian Ahli Sunnah Waljamaah)

Dr. Haji Matussein bin Haji Jumat
Pengarah / Penolong Profesor
matussien.jumat@kupu-sb.edu.bn

Haji Mohd Azmi bin Haji Omar
Timbalan Pengarah / Penolong Pensyarah
azmi.omar@kupu-sb.edu.bn

Abdullah bin Haji Zaini
Penolong Pendaftar
abdullah.zaini@kupu-sb.edu.bn

Profesor Madya Dr. Muhd​ Yusuf bin Khalid
Profesor Madya
yusuf.khalid@kupu-sb.edu.bn

Mohammad Afifi Hidayat bin Nordin
Sukarelawan