PUSAT LATIHAN DAN PENINGKATAN KOMPETENSI
![]()
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
- Penubuhan “Pusat Latihan dan Peningkatan Kompetensi” (PLPK) di KUPU SB adalah satu langkah strategik dan memainkan peranan penting dalam mencapai VISI dan MISI KUPU SB sebagai institusi pendidikan tinggi yang unggul dan berdaya saing di peringkat global.
- Menjunjung dan Menanai inti pati Titah KDYMM : menghendaki KUPU SB menjana ilmu dalam bidang latihan, penyelidikan dan perkhidmatan.
- PLPK akan memberi tumpuan kepada latihan dan peningkatan kompetensi profesional berterusan (Continuous Professional Development), pensijilan yang relevan dengan industri dan mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning).
VISI
“Menjadi peneraju latihan dan peningkatan kompetensi yang unggul di Negara Brunei Darussalam dalam melahirkan modal insan selaku pendidik yang berilmu, beramal soleh, bertaqwa, berwatak hebat, berkemahiran dan berkepakaran tinggi memenuhi keperluan negara.”
MISI
“Mencontohi Rasulullah ﷺ sebagai Guru Terunggul dalam menyebar dan mempertahankan ugama Islam tulen berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah melalui latihan dan peningkatan kompetensi yang berkesan, menjana kepakaran dalam mendidik dan mentarbiah anak bangsa berkonsepkan Melayu Islam Beraja dan Falsafah Pendidikan Negara.”
MATLAMAT
Matlamat penubuhan Pusat Latihan dan Peningkatan Kompetensi adalah untuk melahirkan sumber tenaga manusia sebagai model insan yang berwibawa dan berpendidikan dalam keguruan untuk membentuk masyarakat dan bangsa yang berilmu, beramal dan bertaqwa menurut ajaran Ahli Sunnah Waljama’ah bermazhab Syafi’e serta mendukung kedudukan Ugama Islam sebagai ugama rasmi negara dan Konsep Negara Melayu Islam Beraja.
OBJEKTIF
- Menyediakan program latihan yang komprehensif untuk meningkatkan dalam pelbagai bidang yang bersesuaian seperti kemahiran teknikal, kemahiran insaniah (soft skills) dan kemahiran profesional.
- Menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan individu dan masyarakat.
- Menyelaraskan program latihan dengan keperluan dan trend semasa industri.
- Meningkatkan kebolehpasaran peserta melalui pensijilan yang relevan dan latihan praktikal.
- Menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat melalui pembangunan kemahiran dan pengetahuan.
PLPK akan menawarkan pelbagai program Latihan dan Peningkatan Kompetensi:
- Kemahiran & Kompetensi Teknologi Pendidikan Islam
- Kemahiran & Kompetensi Pendidikan dalam pelbagai bidang, Pedagogi, Penyelidikan dan lain-lain.
- Kemahiran & Kompetensi Insaniah (soft skills).
- Pensijilan Profesional yang diiktiraf industri dalam bidang tertentu.
- Kemahiran & Kompetensi pembangunan peribadi dan profesional.
- Program latihan yang disesuaikan dengan keperluan jabatan, Kementerian dan pemegang taruh serta masyarakat awam.
- Kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan permohonan peserta.
♦ PROGRAM SIJIL PROFESIONAL PEMBIMBING HAJI DAN UMRAH (SP-PHU)
Dr. Kharhan bin Haji Jait
Pengarah / Penolong Profesor
kharhan.jait@kupu-sb.edu.bn
Dr. Hajah Norasimah binti Haji Latip
Pegawai Pelajaran Kanan
norasimah.latip@kupu-sb.edu.bn
Sarinah binti Haji Awang Tengah
Penolong Pendaftar (Perantis)
sarinah.tengah@kupusb.edu.bn
Siti Nurkhairi Aliyyah binti Haji Mazlan
Pegawai Kegiatan (Perantis)
aliyyah.mazlan@kupusb.edu.bn
Unit Latihan dan Peningkatan Kompetensi
Ariffin bin Haji Hamid
Pegawai Pendidikan Ugama
ariffin.hamid@kupu-sb.edu.bn
Ahmad Wajdi bin Haji Ibrahim
Pegawai Penyelidik Kompetensi (Perantis)
wajdi.ibrahim@kupusb.edu.bn
