PANDUAN MEMOHON DAN PROSES KEMASUKAN
![]()
PENDAFTARAN:
- Pemohon hendaklah mendaftarkan permohonan melalui pendaftaran dalam talian (online). Pendaftaran yang terkini akan digunakan bagi permohonan yang dibuat berulang- ulang.
TAPISAN KELAYAKAN:
- Semua permohonan akan melalui tapisan kelayakan untuk mengesahkan pemohon layak atau tidak bagi program yang dipohon dalam masa yang sama menimbangkan keperluan ujian/temuduga.
UJIAN DAN TEMUDUGA:
- Hanya pemohon yang berkenaan sahaja dipanggil untuk ujian/temuduga.
SIARAN KEPUTUSAN:
- Senarai pemohon yang berjaya akan disiarkan pada laman web rasmi KUPU SB. Sebarang rayuan hendaklah ditujukan kepada Pendaftar, KUPU SB dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh keputusan disiarkan. Keputusan adalah tertakluk kepada pengesahan maklumat permohonan.
PENGESAHAN:
- Pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan maklumat permohonan. Pengesahan dibuat di Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Akademik, KUPU SB pada suatu tarikh yang akan ditetapkan. Pemohon dikehendaki membawa bersama salinan- salinan pengenalan diri, sijil-sijil akademik dan dokumen lain yang berkaitan.
PEMBAYARAN:
- Pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak $5.00 (Lima ringgit Brunei Sahaja) hendaklah dibuat di kaunter Pejabat Bendahari, KUPU SB semasa membuat pengesahan maklumat permohonan.
Pihak KUPU SB boleh menolak permohonan yang tidak lengkap atau dihantar lewat atau mengandungi maklumat yang palsu/tidak tepat.
Panduan memohon dan proses kemasukan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa mengikut keadaan (jika perlu).
Keterangan Program
Kemasukan 2025
Nov 18, 2025
Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:
UNIT KEMASUKAN DAN REKOD PELAJAR
BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK
KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN
KM 2, JALAN RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA,
BANDAR SERI BEGAWAN BA 2111,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
Emel: hea@kupu-sb.edu.bn
