BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Julai. – Sebagai salah sebuah institusi yang mempunyai tanggungjawab besar dalam memartabatkan tulisan Jawi, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Pusat Pengajian Jawi dan Kitab Turath, mengungkayahkan Muzakarah Mendaulatkan Tulisan Jawi di Negara Brunei Darussalam (NBD) Kali Kedua.
Muzakarah berlangsung di Dewan Tarbiah, Kolej Universiti berkenaan.
Hadir ke muzarakah berkenaan, Pemangku Ra’es KUPU SB, Dr. Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha.
Turut hadir, pegawai-pegawai Utama KUPU SB serta perwakilan dari pelbagai agensi kerajaan.

KOLEJ Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Pusat Pengajian Jawi dan Kitab Turath, mengungkayahkan Muzakarah Mendaulatkan Tulisan Jawi di Negara Brunei Darussalam Kali Kedua di Dewan Tarbiah, Kolej Universiti berkenaan.
Muzakarah ini mencerminkan usaha proaktif dan berterusan pihak KUPU SB melalui Pusat Pengajian Jawi dan Kitab Turath dalam mempergiat hubungan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan mahupun pihak-pihak yang berkepentingan dalam mendaulatkan tulisan Jawi.
Ia juga diharapkan akan menjadi wadah penting bagi memperkukuhkan peranan tulisan Jawi dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara di samping membentuk satu strategi yang menyeluruh dalam melestarikan tulisan Jawi sebagai warisan bangsa dan bahasa di NBD.
(Petikan dari Pelita Brunei, 04 Julai 2026. Siaran Akhbar dan Foto : Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan)
