Keterangan jawatan dan borang permohonan – borang KUPU SB/P1 bolehlah muat turun dibawah.
Kolej Universiti berhak menolak borang permohonan yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi untuk menjalani sesi ujian/temuduga.
Bagi pemohon-pemohon yang berkhidmat dengan Kerajaan adalah dihendaki untuk menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menghadapkan satu LAPORAN SULIT, salinan PRESTASI TIGA (3) TAHUN KEBELAKANGAN, dan satu salinan REKOD PERKHIDMATAN yang lengkap.
Jika tiada maklum balas diterima dalam tempoh enam (6) bulan atau lebih, permohonan dianggap tidak berjaya.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:
BAHAGIAN PENTADBIRAN
PEJABAT PENDAFTAR
KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN
KM 2, JALAN RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA,
BANDAR SERI BEGAWAN, BA 2111,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Tarikh Buka Iklan:
19 MAC 2026
Tarikh Tutup Iklan:
8 APRIL 2026
Rujukan Iklan:
KUPU SB/PJW/6.01/26-1B
