FAKULTI USULUDDIN

 
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
​Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
KM 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
Bandar Seri Begawan BA 2111
Brunei Darussalam
 
fakulti.usuluddin@kupu-sb.edu.bn
+673 2 236277

​​​​Fakulti Usuluddin ditubuhkan pada bulan Ogos 2007, iaitu sebaik sahaja Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan memulakan program pengajiannya yang pertama. Fakulti ini sangat berperanan dalam memberikan pelbagai disiplin ilmu yang berkaitan dalam bidang Usuluddin.

Fakulti ini diketuai oleh seorang Dekan dan dibantu oleh seorang Timbalan Dekan serta mempunyai lapan (8) orang tenaga akademik dalam kalangan warga tempatan dan luar negara yang berjawatan Penolong Kanan Profesor, Penolong Profesor, Pensyarah dan Penolong Pensyarah. Fakulti ini juga mempunyai dua orang staf non-akademik iaitu seorang Penolong Pendaftar, dan seorang Pekerja Sambilan bagi memudahkan segala pengurusan pentadbiran fakulti.

VISI

Melahirkan dan membentuk sumber tenaga guru dan pendidik yang bertakwa, berilmu, berakhlak mulia, berkemahiran untuk membentuk masyarakat dan bangsa yang melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar, mengamalkan sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam serta menyebarkan dakwah Islamiah.

MISI

Memartabatkan ilmu dalam Bidang Usuluddin dan Perguruan Ugama melalui pengajaran, pembelajaran, latihan, kajian, penyelidikan, perkhidmatan berlandaskan al-Qur’an dan al-Sunnah dengan berkonsep Melayu Islam Beraja dan Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF

  1. Melaksanakan program akademik dan latihan perguruan Usuluddin yang berkualiti, relevan dengan kehendak semasa bagi keperluan bagi keperluan ugama, bangsa dan negara.
  2. Melatih, membekal dan membangunkan sumber manusia yang bertakwa, berwibawa, proaktif berketrampilan dan bertanggungjawab.
  3. Menghasilkan penyelidikan dan penerbitan dalam bidang Usuluddin bagi manfaat dan kepentingan umat sejagat.
  4. Memberikan konsultasi dakwah kepada warga perkhidmatan awam dan masyarakat awam.

Fakulti Usuluddin bertanggungjawab menyedia, menawar dan menilai program yang berkaitan dengan bidang Usuluddin. Bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu, kecuali Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantarnya. Empat (4) program yang ditawarkan ialah:

  1. Ijazah Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Usuluddin)
  2. Ijazah Sarjana Perguruan Ugama (Usuluddin)
  3. Diploma Pengajian Tauhid
  4. Diploma Pengajian Tafsir dan Hadith.

​​​​​​​​​​​​​​Dr. Norashibah binti Haji Besar
Dekan / Penolong Profesor
norashibah.besar@kupu-sb.edu.bn

Hajah Tiara binti Haji Basman
Timbalan Dekan (Menjalankan Tugas) / Penolong Pensyarah
tiara.basman@kupu-sb.edu.bn

Rakinah@Maimunah binti Haji Masri
Penolong Pendaftar (Perantis)
rakinah.masri@kupusb.edu.bn​

Dr. Mikdar Rusdi
Penolong Kanan Profesor
mikdar.rusdi@kupu-sb.edu.bn

Dr. Haji Matussein bin Haji Jumat
Penolong Profesor
matussien.jumat@kupu-sb.edu.bn

Dr. Norasimah binti Haji Omar
Penolong Profesor​
norasimah.omar@kupu-sb.edu.bn

Dayangku Hajah Norafizah binti Pengiran Haji Bungsu
Pensyarah
norafizah.bungsu@kupu-sb.edu.bn

Ruziah binti Abdul Karim
Pensyarah
ruziah.karim@kupu-sb.edu.bn

Haji Mohd Azmi bin Haji Omar
Penolong Pensyarah
azmi.omar@kupu-sb.edu.bn

Nur Aqilah binti Mohammad Asnawi
Penolong Pensyarah (Perantis)
nuraqilah.asnawi@kupusb.edu.bn​

Nurrabiha binti Roslan
Penolong Pensyarah (Perantis)
nurrabiha.roslan@kupusb.edu.bn​

Hajah Nurul Afifah binti Awang Haji Aji
Sukarelawan
afifah.aji@kupusb.edu.bn