Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MEMARTABATKAN PENGAJIAN PERGURUAN UGAMA, KHAZANAH ILMU

BANDAR SER IBEGAWAN, Khamis,31 Julai.- Mahasiswa mahasiswi dan seluruh warga Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) sewajarnya terus bersatu padu dalam bersama-sama memacu dan membina kecemerlangan kolej universiti dengan penuh amanah lagi berintegriti demi mencapai keredaan Allah Subhanahu Wata'ala.

Disamping itu, mahasiswa mahasiswi KUPU SB khasnya juga diseru untuk tekun menuntut ilmu dan menempuh alam pengajian tinggi dengan sebaik-baiknya,penuh rasa bertanggungjawab dan beretika, sesuai dengan lunas-lunas keislaman.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi tausiah yang disampaikan oleh Ra'es KUPU SB, Profesor Madya Dr.Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani dalam Majlis Kesyukuran Minggu Ta'aruf Kali Ke-19 KUPU  SB,yang berlangsung pagi tadi di Dewan Tarbiah,kolej universiti berkenaan.

ta'aruf2025.png

RA'ES Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) bergambar ramai pada Majlis Kesyukuran Minggu Ta'aruf Kali Ke-19 KUPU SB

Menurutnya lagi,KUPU SB komited untuk terus menawarkan dan mempraktikkan pengurusan sistem serta proses pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu lagi berkesan khususnya menerusi penggunaan teknologi terkini dalam meningkatkan kompetensi warga KUPUSB supaya mereka dapat berkembang maju, berkemahiran dan berilmu pengetahuan.

Tidak syak lagi, KUPU SB memainkan peranan yang penting sebagai mercu tanda keislaman yang unik dengan memartabatkan pengajian perguruan ugama dan khazanah ilmu kitab turath melayu.

Seramai 132 orang pelajar baharu Sesi Akademik 2025/2026 telah menyertai Minggu Ta'aruf yang menandakan bermulanya pengajian mereka di KUPU SB.

Minggu Ta'aruf memberi penekanan kepada pemahaman yang mendalam terhadap falsafah, visi dan misi KUPU SB sekaligus menyelami matlamat penubuhan institusi ini serta peranan mereka sebagai mahasiswa-mahasiswi yang berakhlak mulia dan berdaya saing.


(Petikan dari Pelita Brunei, Sabtu 02 Ogos 2025. Oleh : Khartini Hamir Foto: Azmah Haji Ahad​)


Attachments