BANDAR SERI BEGAWAN,Rabu,16 Julai. - Seramai kira-kira 40 orang peserta yang terdiri daripada tenaga akademik dan mahasiswa mahasiswi institusi pengajian tinggi tempatan menyertai Bengkel Thesimatic Software: Era Baharu Penulisan Tesis dan Artikel yang dianjurkan oleh Pusat Latihan dan Peningkatan Kompetensi dengan kerjasama Pusat Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).
Bengkel yang berlangsung di Dewan Tarbiyah, kolej berkenaan, disampaikan oleh fasilitator jemputan, Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi MARA Pahang, Malaysia, Dr. Ramlan bin Mustafa.
Setiap sesi dan modul merangkumi latihan praktikal dan bimbingan secara intensif bagi memastikan para peserta dapat mengaplikasikan teknik yang dipelajari dalam penulisan artikel akademik yang berimpak tinggi.

SERAMAI kira-kira 40 orang peserta yang terdiri daripada tenaga akademik dan mahasiswa mahasiswi institusi pengajian tinggi tempatan menyertai Bengkel Thesimatic Software: Era Baharu Penulisan Tesis dan Artikel.
Bengkel selama tiga hari itu antara lain bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai penggunaan perisian Thesimatic.
Ia juga bermatlamat dalam membimbing para peserta dalam menerapkan kaedah NGT, FDM, ISM dan bibliometric dalam penulisan tesis dan artikel, sekali gus memudahkan proses penulisan penulisan artikel akademik melalui pendekatan sistematik dan teknologi terkini.
Dengan pendekatan interaktif dan penggunaan teknologi terkini, bengkel ini juga diharap dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti penerbitan artikel di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, yang secara tidak langsung berupaya mengukuhkan reputasi akademik negara di peringkat global.
(Petikan dari Pelita Brunei, Sabtu 19 Julai 2025. Oleh : Khartini Hamir
Foto : Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan)