Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS MALAM APRESIASI RAIKAN PEMBENTANG, DELEGASI ICAPP 2025

JERUDONG, Isnin 16 Jun. - Para pembentang perdana dan ucaptama serta delegasi yang menghadiri Persidangan Antarabangsa Psikologi Gunaan dan Pedagogi 2025 (ICAPP 2025) dan Mesyuarat Ketuaketua Association of Southeast Asian Teacher Education Network (AsTEN) Kali Ke-19 diraikan dengan Majlis Malam Apresiasi bertempat di Royal Berkshire Hall, Tarindak d'Polo, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong malam tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Profesor Madya Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Awang Haji Shamshol bin Haji Omar.

ICAPP2_i.png

YANG Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Malam Apresiasi di Royal Berkshire Hall, Tarindak d'Polo, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong (atas dan bawah).

ICAPP2_ii.png

Terdahulu, Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Kemasyarakatan, KUPU SB, Profesor Madya Dr. Mohammad Shahril bin Ahmad Razimi, dalam ucapan alu-aluannya antara lain mengongsikan ICAPP 2025 membuka ruang kepada perkongsian ilmu yang bermanfaat, merangsang idea-idea baharu dan memperkukuh kerjasama antara perwakilan AsTEN khasnya.

Profesor Madya Dr. Mohammad Shahril selaku Pengerusi ICAPP 2025 juga melahirkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkuslumus menjayakan penganjuran persidangan berkenaan, dari peringkat awal perancangan sehingga sampai ke titik ini, iaitu Malam Apresiasi Persidangan ICAPP 2025.

“Peramba / kaola / saya tidak lupa mengucapkan junjung kasih dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Kerja Persidangan, pembentang kertas perdana, Profesor Madya Dr. Ridzuan bin Che Rus yang mewakili Profesor Dato Md. Amin bin Md. Taff; dan para pembentang ucaptama, Profesor Madya Dr. Ipah Saripah dan Dr. Deeni Rudita bin Idris; dan para pembentang kertas kerja.

“Penghargaan juga kepada para penaja khususnya Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Bank Islam Brunei Darussalam, Gedung Perniagaan Hua Ho Kiulap, Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn. Bhd., Imagine Sdn. Bhd. dan Datastream Digital Sdn. Bhd., serta kepada sesiapa sahaja yang telah memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam melancarkan lagi persidangan ini sama ada dari segi saranan, pandangan dan tenaga. Jazakumullah khairal Jaza," ujarnya lagi.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada pembentang perdana, pembentang ucaptama dan pemimpinpemimpin AsTEN serta diteruskan dengan persembahan bercorak kebudayaan.

ICAPP 2025 akan diteruskan lagi esok dengan pembentangan ucaptama kedua dan Sesi Sidang Selari, bertempat di KUPU SB.


(Petikan dari Pelita Brunei, Rabu 18 Jun 2025. Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Hernie Suliana Haji Othman​)

Attachments