Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

IHYA EID MUBARAK KUPU SB SEMARAKKAN AIDILFITRI

BANDAR SERI BEGAWAN,Sabtu,26 April.- Walaupun bulan Syawal hampir sampai ke penghujungnya, kemeriahannya masih dirasakan dan diraikan dengan penuh rasa muhibah dan kesyukuran.

Sehubungan itu, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) tidak ketinggalan menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mengungkayahkan Ihya Eid Mubarak pagi ini, di Dewan Tarbiah, kolej universiti berkenaan.

HR kupu25i.png

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa hadir menyerikan Ihya Eid Mubarak yang diadakan di Dewan Tarbiah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) (atas dan bawah).

HR kupu25ii.png

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Turut hadir, Ahli-ahli Majlis KUPU SB, Pesuruhjayapesuruhjaya Tinggi dan Dutaduta dari negara sahabat, jemputan-jemputan khas dan warga KUPU SB.

Majlis turut diserikan dengan Tayangan Video Sketsa dan Ucapan Hari Raya serta Persembahan Syair dan Tausyeh daripada mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB.

HR kupu25iii.png

ANTARA persembahan dari mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB pada majlis berkenaan.

Adapun objektif majlis ini diadakan antara lain untuk menzahirkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata'ala dengan berkongsi kegembiraan bersama,di samping mengukuhkan jalinan kerjasama dan silaturahim sesama warga KUPU SB.


(Petikan dari Pelita Brunei, Isnin 28 April 2025. Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman​)

Attachments