Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

UPACARA MENAIKKAN BENDERA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-41, TAHUN 2025 - KUPU SB

​BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Februari. – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) tidak ketinggalan sama – sama menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-41, Tahun 2025 dengan Upacara Menaikkan Bendera, bertempat di hadapan Bangunan Pentadbiran, KUPU SB.

Hadir selaku tetamu kehormat Ra'es KUPU SB, Profesor Madya Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani.

Turut hadir, Pegawai-pegawai Eksekutif, Pegawai – pegawai Utama, pensyarah, pegawai dan kakitangan    serta mahasiswa mahasiswi KUPU SB.

Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Asmaul Husna yang diikuti dengan Ucapan Alu-Aluan oleh Ketua Exco Kesihatan dan Keselamatan, Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar Sesi 2024/2025, Awang Muhammad Akmal Danial bin Haji Aminorrashid.

bendera1.png

UPACARA Menaikkan Bendera yang diiringi dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' (atas), Manakala gambar bawah, perbarisan lalu yang melibatkan Pasukan-pasukan Beruniform, Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar dan Mahasiswa Mahasiswi Tahun 1 KUPU SB.

bendera2.png

Seterusnya, Penyerahan Bendera Besar Negara Brunei Darusalam oleh Ra'es KUPU SB dan Upacara  Menaikkan Bendera yang diiringi dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' sebelum disusuli dengan laungan Takbir 'Allahu Akbar' Tiga Kali yang dipimpin oleh Ra'es KUPU SB.

Upacara diserikan lagi dengan perbarisan lalu yang melibatkan Pasukan-pasukan Beruniform, Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar dan Mahasiswa Mahasiswi Tahun 1 KUPU SB.

bendera3.png

RA'ES Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hadir selaku tetamu kehormat pada Upacara Menaikkan Bendera, bertempat di hadapan Bangunan Pentadbiran, KUPU SB.

Bagi memberkati majlis, bacaan doa dipimpin oleh Ahli Jawatankuasa Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan Sesi 2024/2025, Awangku Mohammad Khairol Noriswafi bin Pengiran Haji Isa.

Antara objektif upacara ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat patriotik di samping menerapkan dan menimbulkan rasa cinta kepada tanah air kita, sekaligus menanam falsafah Melayu Islam Beraja dalam kalangan warga KUPU SB.


(Petikan dari Pelita Brunei, Isnin 17 Februari 2025. Siaran Akhbar dan Foto : Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan​)

Attachments