Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KUPU SB ANJUR KULIAH UMUM SEMPENA ISRAK MIKRAJ

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Januari. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengadakan Kuliah Umum sempena Sambutan Israk dan Mikraj 1446 Hijrah. Kuliah tersebut berlangsung di Dewan Tarbiah, KUPU SB, petang tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat pada Kuliah Umum tersebut ialah Ra'es KUPU SB, Profesor   Madya Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani.

Turut hadir, pegawai-pegawai eksekutif, pegawai-pegawai utama, pensyarah, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa/mahasiswi KUPU SB.

isra&mikraj1.png

 Kuliah Umum disampaikan oleh Penolong Kanan Profesor, Fakulti KUPU SB, Dr. Mikdar Rusdi.

Kuliah Umum tersebut membawakan tajuk, 'Pesan-pesan Peristiwa Israk Mikraj : Teladan Untuk Pendidikan' yang disampaikan oleh Penolong Kanan Profesor Fakulti Usuluddin, KUPU SB,  Dr. Mikdar Rusdi.

isra&mikraj2.png

RA'ES Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hadir selaku tetamu kehormat pada Kuliah Umum sempena Sambutan Israk dan Mikraj 1446 Hijrah (atas), sementara  gambar bawah, sebahagian yang hadir pada kuliah tersebut.

isra&mikraj3.png

Antara   inti pati   yang dapat diambil   daripada kuliah   berkenaan ialah Israk   dan Mikraj merupakan peristiwa   atau   mukjizat   agung   yang hanya   boleh   dijangkau   dengan keimanan   dan   ketakwaan.

Menurutnya, ia   juga merupakan perjalanan   penuh   bersejarah   yang diaturkan   oleh   Allah   Subhanahu Wata'ala   yang memaparkan kekuasaan   dan kebesaran-Nya, sekali   gus   menjadi   tonggak perintah   ibadah   sembahyang, syariat   terpenting dalam keagungan   agama   Islam.

Adapun tujuan Kuliah Umum ini diadakan adalah bagi menyemarakkan lagi Sambutan Israk dan Mikraj di samping menghayati perjalanan Israk dan Mikraj yang penuh dengan   teladan dan pengajaran.


(Petikan dari Pelita Brunei, Rabu 29 Januari 2025. Oleh : Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto :  Azmah Haji Ahad​)


Attachments