BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Januari. - Program kerjasama ASEAN - The US Agency for International Development (USAID) for The Association of Southeast Asian Teacher Education Network (AsTEN) telah diadakan baru-baru ini pada 22 hingga 23 Januari 2025, di Bangkok, Thailand.
Mewakili Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ke program berkenaan, Ra'es KUPU SB, Profesor Madya Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani dan Pengarah Pusat Latihan dan Peningkatan Kompetensi KUPU SB, Dr. Kharhan bin Haji Jait.

Program berkenaan diisikan dengan siri perbincangan dan bengkel ini antara lain bertujuan untuk menyelaras dan menyejajarkan Pelan Pengukuhan Kapasiti dan Program Perkongsian dengan Badan-badan Sektoral ASEAN.
Jalinan kerjasama ini sekali gus dapat memastikan semua pelan tindakan (action plan), kegiatan serta usaha sama yang dirangka seiring dengan matlamat pembangunan ASEAN.

MEWAKILI Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ke program berkenaan, Ra'es KUPU SB dan Pengarah Pusat Latihan dan Peningkatan Kompetensi KUPU SB, Dr. Kharhan bin Haji Jait (atas, atas kiri dan kanan).

Penyertaan KUPU SB dalam Program kerjasama ASEAN - USAID ini mencerminkan komitmen dan usaha berterusan KUPU SB sebagai Ahli Lembaga Pengarah AsTEN bagi Negara Brunei Darussalam (NBD).
Selain itu, program seumpama ini juga boleh menjadi platform untuk kerjasama akademik dan penyelidikan antara institusi anggota dan pihak-pihak yang berkepentingan, yang boleh memberi manfaat kepada KUPU SB khasnya dan NBD amnya.
(Petikan dari Pelita Brunei, Rabu 29 Januari 2025. Siaran Akhbar dan Foto : Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan)