BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 17 Disember. – Mesyuarat Ketua-ketua The Association of Southeast Asian Teacher Education Network (AsTEN) Ke-18 dan Persidangan AsTEN Ke-6 telah diadakan pada 12 hingga 14 Disember 2024, di Ho Chi Minh City, Vietnam.
Mesyuarat dan persidangan dihoskan oleh University of Social Sciences and Humanities, Viet Nam. Mewakili Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ke mesyuarat dan persidangan berkenaan ialah Ra'es KUPU SB, Profesor Madya Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani dan Pengarah Pusat Latihan dan Peningkatan Kompetensi KUPU SB, Dr. Kharhan bin Haji Jait.
MEWAKILI Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ke mesyuarat dan persidangan berkenaan ialah Ra'es KUPU SB dan Pengarah Pusat Latihan dan Peningkatan Kompetensi KUPUSB, Dr. Kharhan bin Haji Jait (atas dan bawah).
AsTEN dianggotai oleh rangkaian institusi pendidikan guru di Negara-negara ASEAN dalam usaha untuk menangani isu dan cabaran yang berkaitan dengan program, amalan dan dasar pendidikan guru dalam ASEAN.
Komitmen KUPU SB dalam AsTEN ini secara tidak langsung menjadi platform untuk kerjasama akademik dan penyelidikan antara institusi anggota yang boleh memberi manfaat kepada KUPU SB khasnya dan Negara Brunei Darussalam amnya.
KUPU SB dijadualkan menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua AsTEN Ke-19 dan Persidangan AsTEN Ke-7 pada tahun hadapan.
(Petikan dari Pelita Brunei, Rabu 18 November 2024. Siaran Akhbar dan Foto : Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan)