PUSAT ANTARABANGSA DAN PERHUBUNGAN AWAM

 
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
​Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
KM 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
Bandar Seri Begawan BA 2111
Brunei Darussalam
 
ipro@kupu-sb.edu.bn
+673 2 236277

Pejabat Antarabangsa dan Perhubungan Awam Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) adalah di bawah kawalan Timbalan Ra’es. Penubuhan Pejabat Antarabangsa dan Perhubungan Awam telah diluluskan oleh Senat Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan yang telah bersidang pada 21 Rabiulawal 1436 bersamaan 11 Februari 2015.

 OBJEKTIF

Penubuhan Pejabat Antarabangsa dan Perhubungan Awam di KUPU SB adalah bagi membina dan mengembangluaskan hubungan antara KUPU SB dengan pihak-pihak berkepentingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Lebih-lebih lagi di barisan institusi-institusi pengajian tinggi tempatan, serantau dan antarabangsa. Ia termasuk untuk meningkatkan strategik pengurusan perhubungan dan pengurusan reputasi KUPU SB.

Sebagai sebuah bahagian yang mempunyai dua peranan pengurusan dengan skop tugas dan tanggungjawab yang berlainan, bahagian ini dibahagikan kepada dua unit bagi mewujudkan satu pentadbiran yang bersistematik iaitu;
(1) Unit Antarabangsa, dan
(2) Unit Perhubungan Awam.

UNIT ANTARABANGSA

  • Menguruskan memorandum-memorandum persefahaman (MoU) / persetujuan (MoA) antara KUPU SB dengan institusi pengajian tinggi dalam bidang pendidikan guru.
  • Pembangunan dan pengurusan perhubungan antarabangsa melibatkan lawatan-lawatan, acara-acara, promosi pengajian di KUPU SB, liputan media dan rangkaian dengan berbagai rakan kongsi di peringkat serantau dan antarabangsa.
  • Pengurusan program-program berkaitan pelajar melibatkan program pengajian di luar negara termasuk praktik mengajar di luar negara, pertukaran pelajar, lawatan ilmiah serta maklumat yang berkaitan dengannya.

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

  • Kerja-kerja penghebahan mengenai berita-berita Kolej Universiti, acara-acara tempatan dalam dan luar kampus, sebarang pembangunan dan perkembangan pencapaian projek-projek masa kini dan di masa hadapan.
  • Menjadi pihak tumpuan bagi semua agensi media bagi penghebahan sebarang maklumat dengan tepat termasuk pihak awam yang berkaitan termasuk acara “belajar di KUPU SB”, promosi pengajian di KUPU SB, mengikuti dan penglibatan dalam jemputan-jemputan dalam pameran dan lain-lain.

​​​​​​​​​​​​​​Mohammad Muslihuddin Syah bin Haji Mustafa
Pengarah / Pegawai Penyelidik
muslihuddin.mustafa@kupu-sb.edu.bn

Dr. Kharhan bin Haji Jait
Pegawai Perhubungan KUPU SB-AsTEN
kharhan.jait@kupu-sb.edu.bn

Ali Hardi bin Haji Mohammed
Pegawai Perhubungan KUPU SB-APUCEN
alihardi.mohamed@kupu-sb.edu.bn

Ahmad Humaizi bin Samihon
Pegawai Perhubungan KUPU SB-CAPEU
humaizi.samihon@kupu-sb.edu.bn

Hajah Rahimah binti Haji Abdul Rahman
Kerani
rahimah.rahman@kupu-sb.edu.bn

Dayang Rabiatul Adawiyah binti Haji Mohammad Shamsul
Sukarelawan