Logo KUPU SB

عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

سورة العلق : ٥

Tafsirnya:  “Dia (Allah) mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”

Perlambangan

  1. AL-Qur’an, melambangkan pendidikan Islam berlandaskan Kalam Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai sumber rujukan ilmu yang agung dalam semua aspek kehidupan.
  2. 20 biji Bintang, melambangkan Aqidah Islam (20 Sifat-sifat Allah).
  3. Bentuk sfera melambangkan kesepaduan ilmu berdasarkan konsep tauhid.
  4. Panji-panji Negara Brunei Darussalam, melambangkan Negara Brunei Darussalam dalam menjunjung keagungan ilmu-ilmu ugama yang menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap.
  5. Dunia (Globe) melambangkan wawasan yang akan dicapai bagi merealisasikan ilmu-ilmu perguruan ugama agar tersebar luas bukan sahaja di rantau ini, bahkan di mana-mana juga di luar rantau.
  6. Bulan sabit, melambangkan keugamaan yang mulia dengan sinar ilmu pengetahuan berteraskan wahyu.
  7. Nama dalam tulisan Jawi yang menyatakan ‘Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan’ menunjukkan bahawa Institusi ini melindungi dan memartabatkan tulisan Jawi dari hilang ditelan zaman.
  8. Jata, melambangkan kesediaan institusi ini untuk membuka pintunya kepada sesiapa sahaja bagi mempersiapkan mereka dalam ilmu-ilmu keguruan.

Warna

Melambangkan ketinggian ugama Islam.
Melambangkan kedaulatan Raja dan Negara.
Melambangkan ketabahan memperjuangkan ugama Islam.
Melambangkan kesucian dan niat yang ikhlas.