PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA TERTINGGI
![]()
Fakulti Pendidikan dan Sains Kemasyarakatan
(501) Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Pendidikan Islam)
SYARAT KEMASUKAN
1. Memperolehi kelulusan berikut:
a) Diploma Perguruan Ugama dari KUPU SB atau yang sebanding dengannya; ATAU
b) Brunei Cambridge GCE ‘A’ Level: Lulus sekurang-kurangnya satu (1) mata pelajaran sama ada Usuluddin atau Syariah atau yang sebanding dengannya dan lulus dalam Peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama Brunei (SSRU) atau yang sebanding dengannya; ATAU
c) Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB): Lulus sekurang-kurangnya Agregat 20 dan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam mata pelajaran al-Qur’an al-Karim. Hanya pemohon yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya enam (6) mata pelajaran dengan pangkat Jayyid dan ke atas sahaja akan dipertimbangkan.
2. Calon dikehendaki:
a) Lulus penilaian kemahiran al-Qur’an dan Amali Ugama.
b) Lulus penilaian kemahiran jawi.
TEMPOH PENGAJIAN
| Minimum : | 3 Tahun (6 Semester) |
| Maksimum : | 4 Tahun (8 Semester) |
BAHASA PENGANTAR
- Bahasa pengantar adalah dalam Bahasa Melayu.
- Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris digunakan bagi kursus-kursus tertentu.
