BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

 
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
​Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
KM 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
Bandar Seri Begawan BA 2111
Brunei Darussalam
 
hep.kupusb@kupu-sb.edu.bn
+673 2236277

Bahagian Hal Ehwal Pelajar merupakan salah satu bahagian yang penting dalam struktur KUPU SB. Ia adalah bahagian yang menjadi saluran terancang dan sistematik dalam pengurusan hal ehwal pelajar di luar bidang akademik. Tumpuan utama operasionalnya ialah pengembangan pelajar dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani (RIEJ) serta bakat terutamanya dalam aspek pembentukan keterampilan personaliti yang sesuai sebagai bakal seorang guru ugama di samping bertanggungjawab mengurus kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan pelajar.

STRUKTUR ORGANISASI

Bahagian Hal Ehwal Pelajar diketuai oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar dan dibantu oleh Timbalan Dekan Pelajar, Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar, Pembantu Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar serta Ketua-Ketua Unit di Bahagian Hal Ehwal Pelajar iaitu;

  • ​Unit Pentadbiran Dan Biasiswa Kerajaan
  • Unit Kegiatan Kerohanian
  • Unit Kesejahteraan
  • Unit Kolej Kediaman
  • Unit Kaunseling
  • Unit Kegiatan Dalam dan Luar

VISI

​​Mencapai kemuliaan akhlak dan kecemerlangan ilmu perguruan ugama yang terbilang di Alam Melayu bertaraf antarabangsa.​

MISI

Mengurus Hal Ehwal Pelajar untuk mendukung misi tersebut, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menetapkan beberapa objektif utama seperti berikut:

  1. Memberikan motivasi melalui perkhidmatan program yang komprenhensif dan sistematik bagi pembangunan sahsiah pelajar.
  2. Memberikan pengukuhan ilmu Fardhu ‘Ain.
  3. Memberikan dan mengembangkan program pembangunan sahsiyah dan kepimpinan.​

Secara umumnya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar berperanan untuk membentuk dan mengembangkan potensi pelajar dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani melalui aktiviti pembangunan pelajar dan perkhidmatan yang berkualiti untuk mencapai visi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Tanggungjawab ini dapat dilihat secara terperinci melalui perkara-perkara berikut:​​

  • Merancang, memantau perkhidmatan dan kemudahan kepada pelajar di samping berusaha menyediakan suasana kampus khususnya kolej kediaman yang kondusif untuk pembelajaran dan pembangunan sahsiah pelajar.
  • Merancang, mengurus dan memantau kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan pelajar agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian mereka.
  • Melahirkan, meningkatkan kualiti kepimpinan organisasi pelajar dengan menjana kepimpinan dan sahsiah pelajar melalui perancangan aktiviti-aktiviti berpersatuan, kerohanian, kesenian dan kebudayaan Islam, sukan dan rekreasi, keusahawanan, informasi dan publisiti, dan khidmat masyarakat.
  • Merancang, mengurus dan menyelaras kewangan Persatuan Pelajar.
  • Merancang dan mengurus dasar-dasar dan peraturan berkaitan dengan fungsi dan pengurusan Hal Ehwal Pelajar.
  • Merancang, mengurus dan memantau pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar.
  • Merancang, mengurus dan memantau aktiviti pembangunan sahsiah, kerohanian, kesenian dan kebudayaan, latihan dan kepimpinan pelajar.
  • Merancang, mengurus dan memantau aktiviti perkhidmatan dan kebajikan pelajar.
  • Merancang dan menyediakan aktiviti perkembangan tenaga kerja Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

OBJEKTIF

  • Membentuk dan mengembangkan potensi pelajar dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani melalui aktiviti pembangunan pelajar dan perkhidmatan yang berkualiti untuk mencapai visi KUPU SB.
  • Merancang, memantau perkhidmatan dan kemudahan kepada pelajar di samping berusaha menyediakan suasana kampus khususnya kolej kediaman yang kondusif untuk pembelajaran dan Pembangunan sahsiah.
  • Melahirkan, meningkatkan kualiti kepimpinan organisasi pelajar dengan menjana kepimpinan dan sakhsiyah pelajar melalui perancangan aktiviti-aktiviti berpersatuan, kerohanian, kesenian dan kebudayaan islam, sukan dan rekreasi, keusahawanan, infomasi dan publisiti dan khidmat masyarakat.
  • Merancang, mengurusan dan memantau aktiviti perkhidmatan, kebajikan dan kesejahteraan pelajar.

PENGENALAN​

Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) KUPU SB menawarkan sesi kaunseling individu mengenai perkara yang berkaitan dengan akademik, kerjaya dan peribadi khususnya pelajar dan warga KUPU SB. Sesi kaunseling kelompok juga merupakan satu pendekatan yang dinamik bagi menyokong dan memotivasikan pelajar dalam sama-sama menyelesaikan masalah bersama ahli kumpulan.

Unit ini juga memainkan peranan sebagai perkhidmatan dokongan (supporting role) kepada pelajar dan warga KUPU SB, di samping memberikan peluang pembaikan melalui bimbingan dan pemahaman permasalahan seperti masalah disiplin dan etika pelajar, termasuk kurang komitmen dan motivasi yang dihadapi sebelum tindakan tatatertib dikenakan ke atas pelajar dan juga, ,membantu meningkatkan lagi produktiviti pelajar tersebut.

Perkhidmatan kaunseling KUPU SB dibukakan kepada semua pelajar dan warga KUPU SB.

Jika anda mencari sokongan peribadi, ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan kaunseling atau tempah temu janji melalui emel rasmi ubk@kupusb.edu.bn, atau isikan borang di  https://forms.gle/FABdjsjcp1x3k48e6 .

Untuk temu janji segera, anda boleh singgah ke Pejabat Kaunselor di Tingkat 1 Bilik 3, Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUPU SB.

JENIS PERKHIDMATAN

  1. Individu
  2. Kelompok​

PERKHIDMATAN

  • ​Kaunseling Akademik
  • Kaunseling Kerjaya
  • Kaunseling Keluarga
  • Kaunseling Hubungan

WAKTU KONSULTASI

Hari: Isnin – Khamis & Sabtu
8.30 pagi – 4.00 petang

​​​​​​​​​​​​​​Ali Hardi bin Haji Mohamed
Dekan / Penolong Pensyarah
hardi.mohamed@kupu-sb.edu.bn

Nurul Azimah binti Abdul Hamid
Timbalan Dekan / Penolong Pensyarah
azimah.hamid@kupu-sb.edu.bn

Norafiqah binti Hamidoon
Penolong Pendaftar (Perantis)
norafiqah.hamidoon@kupusb.edu.bn

Unit Kegiatan Luar

Ampuan Muhammad Fu’ad bin Ampuan Babba
Pegawai Kegiatan Luar
fuad.babba@kupu-sb.edu.bn

Unit Bimbingan dan Kaunseling​ 

Siti Nor Hafidzah binti Haji Mohd Shukri
Pegawai Kaunseling (Perantis)
hafidzah.shukri@kupusb.edu.bn

Dk Suzierra binti Pg Kamal Shah
Pegawai Kaunseling (Perantis)
suzierra.kamalshah@kupusb.edu.bn

Unit Kesejahteraan

Abdul Hadi bin Haji Abdullah
Penolong Pegawai Kesejahteraan (Siswa)
abdulhadi.hjabdullah@kupu-sb.edu.bn

Hajah Norainun binti Haji Samsu
Penolong Pegawai Kesejahteraan (Siswi)
nurainun.samsu@kupu-sb.edu.bn

Unit Kolej Kediaman

​Amirul Amirunizam bin Moksin
Penyelia Asrama Tingkat III
amirul.moksin@kupu-sb.edu.bn

Mohammad Ali bin Haji Kamaruddin
Pengendali Mesin Cetak Offset Tingkat III
ali.kamaruddin@kupu-sb.edu.bn

Zuhairy bin Haji Jumat
Penyelenggara Stor Tingkat III
zuhairy.jumat@kupu-sb.edu.bn

​Dk Nur Aqilah binti Pg Haji Ayub
Sukarelawan (Kolej Kediaman Siswi)
aqilah.ayub@kupusb.edu.bn

​Mohamad Fadli bin Bujang
Sukarelawan (Unit Biasiswa dan Pekeranian)
fadli.bujang@kupusb.edu.bn