FAKULTI PENDIDIKAN SAINS KEMASYARAKATAN

 
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
​Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
KM 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
Bandar Seri Begawan BA 2111
Brunei Darussalam
 
fpsk.kupusb@kupu-sb.edu.bn
+673 2 236277

​​​​Fakulti Pendidikan Sains Kemasyarakatan di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan telah ditubuhkan setelah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam pada majlis konvokesyen ke-11 KUPU SB, 16 Rejab 1443H bersamaan 17hb Februari 2022M.

MATLAMAT

Bertekad dan beriltizam untuk melahirkan graduan yang memiliki kompetensi modal insan sebagai pendidik, jurulatih, pengurus, pengusaha yang kreatif dan inovatif dalam bidang sejarah dan tamadun, sastera, sains sukan, pendidikan jasmani, kejurulatihan dan keusahawanan.

VISI

Menjadi fakulti yang cemerlang dalam bidang Pendidikan Sains Kemasyarakatan bagi melahirkan graduan modal insan yang soleh, peka dan berwibawa, berjati diri Melayu Islam Beraja yang kompeten secara holistik, yang berilmu dan beramal serta mampu mengajarkannya dengan berkesan kepada pelajar dan masyarakat demi kebajikan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.​

MISI

Menjana dan menatar ilmu melalui bidang pendidikan, pengajaran, penyelidikan, perundingan dan khidmat masyarakat dalam konteks Pendidikan Sains Kemasyarakatan selaras dengan visi dan misi universiti.

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan program pengajian Sains kemasyarakatan yang menjurus kepada bidang pendidikan selaras dengan penubuhan KUPU SB sebagai universiti pendidikan.
  2. Melahirkan graduan yang terlatih dalam pelbagai bidang ilmu pengajian pendidikan sains sosial dan kemasyarakatan.
  3. Mempertingkatkan aktiviti pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan pelbagai kegiatan kesarjanaan yang sesuai dengan peranan hakiki sebuah institusi pengajian tinggi.
  4. Menyediakan modal insan generasi pendidik yang peka dan berwibawa dalam menerajui pendidikan negara pada masa hadapan selaras dengan misi dan visi universiti.​
  5. Meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bidang Sains Kemasyarakatan dalam kalangan pelajar, masyarakat dan agensi luar melalui peluang latihan dan kursus yang disediakan.
  6. Menjalin kolaborasi dengan sektor awam dan swasta untuk latihan, penyelidikan dan perundingan berkaitan Sains Kemasyarakatan Islam untuk keperluan perkembangan profesional.​
  7. Mengambil bahagian secara aktif dalam kerja kemasyarakatan yang berkaitan dengan pendidikan sains kemasyarakatan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN UGAMA (PENDIDIKAN ISLAM)

Memperolehi salah satu kelulusan berikut:

  1. Diploma Tertinggi Perguruan Ugama dari KUPU SB atau yang sebanding dengannya.
  2. Diploma ‘Aliyah Qiraat dari ITQSHHB atau yang sebanding dengannya.
  3. STPUB: Lulus dalam Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB).
  4. A Level: Lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat ‘C’ termasuk salah satu daripadanya Usuluddin atau Syariah dalam Brunei-Cambridge GCE peringkat ‘A’ atau yang sebanding dengannya dan lulus dalam Peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama Brunei (SSRU) atau manamana sijil yang sebanding dengannya.

Calon dikehendaki:

  1. Boleh membaca al-Qur’an dengan baik.
  2. Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.
  3. Lulus dalam ujian kelayakan dan kesihatan.

Jawatankuasa Kemasukan KUPU SB boleh mempertimbangkan permohonan sebagai pemohon matang tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. Mempunyai pengalaman mengajar tidak kurang daripada lima (5) tahun.
  2. Memperolehi salah satu kelulusan berikut:
  • Lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran ugama dalam Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan memperolehi Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dengan mendapat sekurangkurangnya pangkat Jayyid. ii. Lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran sama ada Syariah atau Usuluddin dalam BruneiCambridge GCE peringkat ‘A’ yang sebanding dengannya.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya kepujian empat (4) mata pelajaran dalam Brunei-Cambridge GCE peringkat ‘O’ termasuk Pengetahuan Ugama Islam dan Bahasa Melayu.
  • Lulus Sijil Latihan Perguruan Ugama atau yang sebanding dengannya daripada institusi-institusi pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan.

3. Lulus dalam ujian kelayakan.

PROGRAM DIPLOMA TERTINGGI PERGURUAN UGAMA (PENDIDIKAN ISLAM)

Memperolehi salah satu kelulusan berikut:

  1. Diploma Perguruan Ugama dari KUPU SB atau yang sebanding dengannya.
  2. A Level: Lulus sekurang-kurangnya satu (1) mata pelajaran sama ada Usuluddin atau Syariah dalam Brunei-Cambridge GCE ‘A’ atau yang sebanding dengannya, dan lulus dalam Peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama Brunei (SSRU) atau mana-mana sijil yang sebanding dengannya.
  3. Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB): Lulus sekurang-kurangnya Aggregrate 20 dan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam mata pelajaran al-Qur’an al-Kareem. Hanya pemohon yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya enam (6) mata pelajaran dengan pangkat Jayyid dan ke atas sahaja akan dipertimbangkan. Bagi program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab), Memperolehi pangkat MUMTAZ dalam Lughah Arabiyyah dan Qawaid Arabiyyah atau yang sebanding dengannya adalah satu keutamaan.

Calon dikehendaki:

  1. Boleh membaca al-Qur’an dengan baik.
  2. Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.
  3. Lulus dalam ujian kelayakan dan kesihatan.

 

    ​​​​​​​​​​​​​​Prof. Madya Dr. Muhammad Zahiri bin Awang Mat
    Dekan / Profesor Madya
    zahiri.mat@kupu-sb.edu.bn

    Ahmad Humaizi bin Samihon
    Timbalan Dekan (Pendidikan) / Penolong Pensyarah
    humaizi.samihon@kupu-sb.edu.bn

    Ruziah binti Abdul Karim
    Timbalan Dekan (Sains Kemasyarakatan) /​ Pensyarah
    ruziah.karim@kupu-sb.edu.bn

    Pengiran Haji Amirul Amin bin Pengiran Haji Jamaluddin
    Penolong Pendaftar
    amirul.jamaluddin@kupu-sb.edu.bn

    Khairul Anuar bin Haji Hujan
    Penolong Pendaftar (Perantis)
    khairul.hujan@kupusb.edu.bn​

    Dr. Ismail Abas
    Penolong Kanan Profesor
    ismail.abas@kupu-sb.edu.bn

    Dr Ahmad Yunus bin Kasim
    Penolong Kanan Profesor
    yunus.kasim@kupu-sb.edu.bn

    Dr. Hajah Norwati binti Haji Abu Bakar
    Penolong Profesor
    norwati.bakar@kupu-sb.edu.bn

    Dr. Kharhan bin Haji Jait
    Penolong Profesor
    kharhan.jait@kupu-sb.edu.bn

    Profesor Madya Dr. Mohd Shahril bin Ahmad Razimi
    Profesor Madyar
    shahril.razimi@kupu-sb.edu.bn

    Ali Hardi bin Haji Mohamed
    Penolong Pensyarah
    hardi.mohamed@kupu-sb.edu.bn

    Norapizah binti Haji Zalani
    Penolong Pensyarah
    norapizah.zalani@kupu-sb.edu.bn

    Pengiran Siti Katijah binti Pengiran Sulaiman
    Penolong Pensyarah
    katijah.sulaiman@kupu-sb.edu.bn

    Haji Muhammad Khairul Azhar bin Idris
    Penolong Pensyarah
    azhar.idris@kupu-sb.edu.bn

    Hajah Nurul Hidarani binti Haji Mohin
    Pekerja Tingkat I
    hidarani.mohin@kupu-sb.edu.bn

    Dayangku Siti Nuraqilah Nadirah binti Pengiran Abd Rahman
    Pekerja Tingkat II
    nuraqilah.abdrahman@kupu-sb.edu.bn

    Hajah Mina binti Haji Mail
    Pengendali Mesin Pembuat Plet Tingkat III
    mina.mail@kupu-sb.edu.bn

    Ak. Muhammad Haziq bin Pg. Rosli
    Sukarelawan
    haziq.rosli@kupusb.edu.bn