PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA
![]()
Fakulti Pendidikan dan Sains Kemasyarakatan
(601) Sarjana Muda Perguruan Ugama (Pendidikan Islam) – dengan Minor
SYARAT KEMASUKAN
1. Memperolehi kelulusan berikut:
a) Diploma Tertinggi Perguruan Ugama dari KUPU SB atau yang sebanding dengannya; ATAU
b) Diploma ‘Aliyah Qiraat dari ITQSHHB atau yang sebanding dengannya; ATAU
c) STPUB: Lulus dalam Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) atau yang sebanding dengannya; ATAU
d) Brunei Cambridge GCE ‘A’ Level: Lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat ‘C’ (160 Poin) termasuk salah satu daripadanya Usuluddin atau Syariah dalam Brunei-Cambridge GCE peringkat ‘A’ atau yang sebanding
dengannya; DAN
e) Lulus dalam Peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama Brunei (SSRU) atau yang sebanding dengannya.
2. Calon dikehendaki:
a) Lulus penilaian kemahiran al-Qur’an dan Amali Ugama.
b) Lulus penilaian kemahiran jawi.
c) Bagi calon antarabangsa hendaklah mendapatkan pengesahan kesihatan.
3. Pemohon matang tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
1. Mempunyai pengalaman mengajar tidak kurang daripada lima (5) tahun.
2. Memperolehi salah satu kelulusan berikut:
a) Lulus Sijil Latihan Perguruan Ugama atau yang sebanding dengannya daripada institusi-institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Senat KUPU SB.
b) Lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran ugama dalam Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan memperolehi Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
c) Lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran sama ada Syariah atau Usuluddin dalam Brunei Cambridge GCE peringkat ‘A’ yang sebanding dengannya.
d) Memperolehi sekurang-kurangnya kepujian empat (4) mata pelajaran dalam Brunei Cambridge GCE peringkat ‘O’ termasuk Pengetahuan Ugama Islam dan Bahasa Melayu.
3. Lulus dalam ujian kelayakan.
TEMPOH PENGAJIAN
| Sepenuh Masa | Minimum : | 4 Tahun (8 Semester) |
| Maksimum : | 6 Tahun (12 Semester) | |
| Separuh Masa | Minimum : | 4 Tahun (8 Semester) |
| Maksimum : | 7 Tahun (14 Semester) |
BAHASA PENGANTAR
- Bahasa pengantar adalah dalam Bahasa Melayu.
- Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris digunakan bagi kursus-kursus tertentu.
