UNIT AUDIT DALAMAN
![]()
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Penubuhan Unit Audit Dalaman adalah sebagai satu penilaian bebas dalam organisasi KUPU SB untuk memberikan khidmat dan membantu pihak pengurusan untuk mencapai keberkesanan, meningkatkan kecekapan, integriti dan akauntabiliti organisasi secara keseluruhan dalam pengurusan dengan memberikan penilaian berterusan terhadap kualiti kawalan dalaman, mengenal pasti risiko dan peluang untuk penambahbaikan, serta memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan kerajaan.
FUNGSI
Antara fungsi utama unit ini adalah:
a) Memberikan jaminan dan nasihat berdasarkan penilaian berasaskan risiko di mana Unit Audit Dalaman adalah merupakan aktiviti bebas (independent), berobjektif (objective assurance) dan memberi pandangan mengenai tatacara untuk manambah nilai dan meningkatkan operasi dengan lebih berkesan, cekap dan berhemat.
b) Membantu KUPU SB mencapai objektif masing-masing dengan pendekatan yang bersistematik dan berdisiplin.
c) Memberi pandangan dan mewujudkan kawalan dalaman, proses dan sistem yang berfungsi dengan teratur dan sempurna bagi mencapai sasaran berdasarkan peruntukan yang disediakan.
Haji Awang Md Zulfadli bin Awang Haji Othman
Ketua / Pegawai Tingkat Khas I
zulfadli.othman@kupu-sb.edu.bn
