DIPLOMA

Fakulti Usuluddin

(Diploma Tahap 5 Tafaqquh Usuluddin)

SYARAT KEMASUKAN

  1. Warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam; dan
  2. Calon matang:
    1. Berumur 40 tahun ke atas;
    2. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Perguruan Ugama atau lulus Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) atau lulus sekurang-kurangnya memperolehi 5‘O’ Level dalam Brunei Cambridge Peringkat Biasa (GCE ‘O’ level) atau mana-mana kelulusan sebanding dengannya yang diakui oleh Senat Universiti dan diiktiraf oleh MKPK; dan
    3. Lulus dalam Peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama Brunei (SSSRU) atau sebanding dengannya yang diakui oleh Senat Universiti; dan
    4. Mempunyai pengalaman pembelajaran dan pekerjaan dalam bidang-bidang yang relevan adalah satu kelebihan.
  3. Boleh membaca dan menulis jawi adalah satu kelebihan; dan
  4. Bersedia memberikan komitmen yang tinggi sepanjang pengajian; dan
  5. Syarat-syarat lain yang ditentukan oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dari semasa ke semasa.

      TEMPOH PENGAJIAN

      Tempoh Pengajian 4 Semester (2 tahun).

      Minimum : 2 Tahun 
      Maksimum : 5 Tahun 

       

      BAHASA PENGANTAR

      • Bahasa pengantar adalah dalam Bahasa Melayu.