BANDAR  SERI  BEGAWAN,  Rabu,  20  Mei.  –  Bengkel  Pendidikan  Inklusif  yang  dianjurkan  oleh  Fakulti  Pendidikan  dan  Sains  Kemasyarakaran,  Kolej  Universiti  Perguruan  Ugama  Seri  Begawan  (KUPU  SB)  dengan  kerjasama  Pusat  Penyelidikan  Inklusiviti  dan  Komuniti  Orang  Kurang  Upaya  (CIRCLE),  Universiti  Pendidikan  Sultan  Idris  (UPSI),  Malaysia,  berakhir  pagi  tadi  dengan  majlis  penyampaian  sijil.

Penyampaian  Sijil  disempurnakan  oleh  Dekan  Fakulti  Pendidikan  dan  Sains  Kemasyarakatan,  KUPU  SB,  Profesor  Madya  Dr.  Muhammad  Zahiri  bin  Awang  Mat.

Seramai  50  orang  peserta  yang  terdiri  daripada  pegawai  dan  kakitangan  kerajaan  serta  pelajar  Institusi  Pengajian  Tinggi  menyertai  bengkel  selama  dua  hari  itu  yang  meliputi  lima  sesi  iaitu,  Falsafah  Pendidikan  Islam  &  Pendidikan  Inklusif:  Membina  Guru  Rahmah  dalam  Bilik  Darjah  Pelbagai  Keupayaan;  Reka  Bentuk  Pengajaran  Inklusif  Berasaskan  UDL  dalam  Mata  Pelajaran  Pendidikan  Islam;  Kemahiran  Sosial,  Regulasi  Emosi  &  Adab  Islami  bagi  Pelajar  OKU  High-Functioning;  Pentaksiran  Inklusif  &  Sokongan  Akademik  Murid  OKU  dalam  Pendidikan  Islam;  dan  Transisi  Pendidikan  –  Dari  Sekolah  ke  Pengajian  Tinggi  &  Kehidupan  Berdikari  dalam  Perspektif  Pendidikan  Islam.

SERAMAI 50 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan serta pelajar Institusi Pengajian Tinggi menyertai bengkel selama dua hari yang meliputi lima sesi.

Bengkel  yang  julung-julung  kali  diadakan  ini  diharap  dapat  menjadi  wadah  yang  berkesan  dalam  memperkukuh  pengetahuan,  kemahiran  dan  profesionalisme  khasnya  guru  Pendidikan  Khas.

Melalui  perkongsian  pengalaman,  latihan  praktikal  dan  kolaborasi  yang  terancang,  peserta  bukan  sahaja  memperoleh  manfaat  akademik,  malah  dapat  membina  sikap  empati,  kefahaman  mendalam  dan  kesedaran  terhadap  kepentingan  Pendidikan  Inklusif.

 

(Petikan dari Pelita Brunei, Sabtu 23 Mei 2026. Oleh : Khartini  Hamir  Foto : Dk.  Nur Hafilah Pg. Osman)