Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PERKUKUHKAN UKHUWAH, IMARAHKAN KEBERKATAN SYAWAL

​BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Mei. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hari ini menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Dewan Tarbiah, KUPU SB.

Hadir memeriahkan majlis sambutan berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

SHR24_i.png

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa hadir bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Dewan Tarbiah, KUPU SB

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Ra'es KUPU SB, Profesor Madya Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani; Pesuruhjaya Tinggi, Duta-duta Besar serta Ahli-ahli Majlis KUPU SB.

SHR24_ii.png

Sebahagian yang hadir pada majlis sambutan berkenaan.

Antara objektif sambutan ialah bagi mengimarahkan dan memanifestasikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu salah satu hari kebesaran Islam sebagaimana yang disyariatkan dengan meraikan bersama, bermaaf-maafan dan mengeratkan talian silaturahim.

Dengan adanya sambutan tersebut diharapkan dapat lagi mengukuhkan semangat kekeluargaan dan ukhuwah dalam kalangan warga KUPU SB.


(Petikan dari Pelita Brunei, Isnin 06 Mei 2024. Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said​)

Attachments