بسم الله الرحمن الرحيم
ألحمدلله رب العا لمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين
Yang Mulia, Dr Hajah Masnon Hj Ibrahim, Raes KUPUSB, Yang Mulia Ustaz Haji Abd Rahim bin Haji Gantang, Pendafatar KUPUSB, Yang Mulia Pegawai-pegawai Utama KUPU SB, Tenaga-tenaga akademik KUPU SB, Persatuan Pelajar KUPUSB, JKK Minggu Taaruf dan Pelajar-pelajar Baru sesi 2009/2010
Al-Hamdulillah, Syukur kitani panjatkan, kerana dengan izinNya jua, kitani sekali lagi dapat berkumpul di dewan keramat ini iaitu di Majlis Penutup Minggu Taaruf iaitu kemuncak penjadualan selama empat hari aktiviti menggu taaruf bagi pelajar-pelajar baru sesi 2009/2010 (pengambilan ke-3) KUPUSB.
1. Sebelum itu, saya selaku pengerusi JK Tertinggi Minggu Taaruf terlebih dahulu mengalu-alukan kehadiran Yang Mulia Dr Hajah Masnon binti Haji Ibrahim, Raes KUPUSB dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian beliau untuk menjadi tetamu kehormat, akan menyampaikan ucapan nasihat dan seterusnya akan menutup secara rasmi Minggu Taaruf ini. Insya Allah.
2. Alhamdulillah, pada pagi tadi kita menerima pendaftaran seramai 27 orang lagi pelajar baru lagi iaitu pelajar dari kalangan pegawai dibawah Skim Latihan Dalam Perkhidmatan. Senarai mereka baru sahaja dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan pada petang kemarin yang menjadikaan jumlah keseluruhan pengambilan baru bagi Sesi pengajian 2009/2010 tahun ini ialah seramai 158 orang pelajar. Iaitu 69 orang mengikuti program Sarjana Muda Perguruan Ugama, 50 pelajar mengikuti Program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama dan seramai 39 orang pelajar mengikuti Program Diploma Perguruan Ugama. Insya Allah dalam sedikit masa lagi kita akan menerima seramai 69 orang (makluman awal) pelajar-pelajar yang mengikuti Program Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah.
3. Di kesempatan ini kita mengucapkan Selamat Datang dan Taniah kepada semua pelajar-pelajar baru mendaftar ini walaupun tidak sempat sepenuhnya mengikuti jadual Minggu Taaruf ini, tetapi ampit mengikuti acara di hari akhir dan ampit di majlis penutup ini pun sudah cukup memadai dari segi sentuhan kejiwaan bahawa biskita sekarang sudah berada di KUPUSB, bergabung sebagai seorang pelajar dan bersedia dengan penuh semangat dan beriltizam, bertekad dan berjanji untuk cemerlang bersama-sama dengan KUPUSB. Sekali lagi dizahirkan bahawa KUPUSB sungguh bangga dan amat gembira sekali mengalu-alukan semua pelajar baru kerana telah memilih KUPU SB sebagai medan untuk meneruskan pendidikan dan pengajian lebih-lebih lagi bidang yang akan diceburi ialah perguruan ugama. Tidak dapat disangkal bahawa profesyen perguruan ugama adalah satu bidang mulia dan mempunyai peranan utama penting ke arah meletakkan, kukuhnya Islam bertapak di bumi Brunei Darussalam, Negara yang kita cintai dan bertuah ini. Kebenaran kenyataan ini jelas ditegaskan melalui hadith Rasullulah saw iaitu:
ألعلماء قادة , والمتقون سادة , ومجا لستهم زيارة
Ertinya; Para ulama adalah pemimpin-pemimpin dan orang-orang bertaqwa adalah tuan-tuan, dan duduk bersama mereka adalah menambah kuat agama.
(Hadith Daif, riwayat Ibnun Najjar dari Anas)
4. Alhamdulillah, Minggu Ta’aruf yang bermula pada 27 Julai 2009 telah diizinkan Allah berakhir pada hari ini 30 Julai 2009. Mudah-mudahan segala objektif yang telah dirancang dari Minggu Ta’aruf ini itu berjaya tercapai iaitu sebagai wadah para pelajar mengenali dan memahami falsafah, visi dan misi KUPU SB seterusnya mampu menyesuaikan diri dengan envairomen, tuntutan dari hasrat penubuhan KUPU SB. Lanjutan itu pula, Insya Allah bermula 1 Ogos (hari Sabtu) biskita akan melakukan pendaftaran kursus dan seterusnya pada 3 Ogos (hari Isnin) akan memulakan perkuliahan. Bagi pelajar-pelajar pra-perkhidmatan yang diwajibkan tinggal di Kolej Kediaman akan mula secara rasmi menginap pada hari Ahad malam Isnin 2 Ogos ini, Saya berdoa semoga biskita akan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan ini dan yang lebih penting daripada itu ialah berjaya mencapai cita-cita yang dihasratkan.
5. Akhir kata, sekali lagi Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Tertinggi dan JK Kerja Minggu Ta’aruf, Persatuan Pelajar KUPU SB Sesi 2008/2009 dan semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan Minggu Ta’aruf ini. Didoakan semoga keikhlasan dan jasa baik biskita akan mendapat ganjaran yang setimpat daripada Allah swt jua. Di kesempatan ini juga saya dengan penuh keinsafan memohon kema’afan andainya terdapat kesilapan dan kekurangan di dalam pengendalian di sepanjang Minggu Taaruf ini berjalan.
6. Sekian Wabillahitaufiq walhidayah,
Berita 



