gototopgototop
Laman Utama Berita Laporan Akhbar Penyampaian Amanat

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

www.trporno.net yeniden sizlerle...
  • Cipta Akaun
    *
    *
    *
    *
    *
    Fields marked with an asterisk (*) are required.
  • Cari
xnxxshemale and russian porn

Penyampaian Amanat

Oleh

DR HAJAH MASNON BINTI HAJI IBRAHIM

Ra’es

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

Minggu Ta`aruf Pengambilan Pelajar kali ke-3  sesi 2009/2010

7 Sya`ban 1430 / 29 Julai 2009

  
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد، و على آله وصحبه أجمعين، رب اشرح لنا صدورنا، ويسّر لنا  أمور تعلمنا، رب زدنا علما نافعا ، وفهما واسعا، وقلبا خاشعا ، ولسانا  ذاكرا ، ربنا تقبل منا ، آمين يا رب العالمين . أما بعد

Ertinya :

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang, segala puji-pujian hanya kepada Allah Tuhan semesta alam, salawat dan salam ke atas semulia-mulia utusan Sayyidina Muhammad dan kaum kerabat dan sahabat-sahabat sekalian, Ya Allah lapangkanlah dada kami, permudahkanlah urusan pengajian kami, Ya Allah tambahkanlah kepada kami ilmu bermanfaat, kefahaman yang luas, hati nurani yang tunduk khusyuk, lidah yang sentiasa berzikir, Ya Allah terimalah permohonan kami, Amin, Wahai Tuhan sekalian alam.


Kata-kata sambutan

Pertama-tama saya membuka tangan selebar-lebarnya menyambut kedatangan Awang-Awang dan Dayang-Dayang sekalian ke Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Saya hidangkan dua rangkap pantun :

Ahlan wa sahlan, selamat datang dan welcome kata sambutan

Menyambut kedatangan Awang-Awang dan Dayang-Dayang sekalian

Ke Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

Sebagai warga KUPU SB menjadi kenyataan

 

Tahniah diucapkan kepada Awang-Awang dan Dayang-Dayang sekalian

Bergelar mahasiswa/mahasiswi KUPU SB didaftarkan

Ada harapan dan impian lebih tinggi disandarkan

Kecemerlangan demi ugama dan watan hendaklah dibuktikan

 

 Sepertimana yang akan menjadi kebiasaan Awang-Awang dan Dayang-Dayang dalam pekerjaan dan perkhidmatan sebagai guru ugama atau apa-apa jua yang kita lakukan, mestilah diasaskan dengan tujuan atau objektif dalam pekerjaan, perkhidmatan atau usaha tersebut agar ianya sentiasa terarah dan teratur berdasarkan tujuan yang ditetapkan itu. Begitulah juga penyampaian amanat ini mempunyai objektif seperti berikut :

i.         Untuk membina dan menyemai kecintaan kepada KUPU SB demi kecemerlangan

ii.       Untuk menyampaikan amanat  bagi kemantapan dan pengukuhan jatidiri Guru Ugama

iii.     Untuk  merangsang motivasi calun Pendidik Anak Bangsa

Saya setentunya tidak dapat melihat hasil dan capaian tujuan penyampaian amant ini di akhir sesi ini sepertimana tujuan sesebuah pengajaran biasanya akan dilihat dan dicapai pada penghujung waktu pengajaran satu-satu mata pelajaran. Namun saya serahkan kepada setiap dari Awang-Awang dan Dayang-Dayang untuk menilai diri sendiri dan memberikan jawapan masing-masing terhadap objektif yang telah diaturkan sama ada semasa di Kolej Universiti ini mahupun apabila telah menematkan pengajian nanti.  

Acara Penyampaian Amanat ini akan menjadi agenda tahunan pada setiap kali majlis ta`aruf pengambilan baru  diadakan. Bahkan akan dilaratkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi. Ini bertujuan supaya penyampaian amanat ini akan menjadi asas bagi menyemarakkan semangat dan aspirasi mencapai kecemerlangan sama ada semasa di KUPU SB bahkan akan diteruskan setelah berkhidmat untuk ugama, bangsa dan negara tercinta.  

Pendahuluan

Saya mulakan penyampaian amanat ini dengan mengajak diri saya dan diri Awang-Awang dan Dayang-Dayang sekalian untuk muhasabah diri melalui niat masing-masing. Ini kerana disebutkan di dalam hadis daripada `Umar bin al-Khattab pernah mendenganr Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda :

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى ...

yang bermaksud “sesungguhnya semua amal perbuatan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang itu mengikut apa yang diniatkannya…” (hadis ini disepakati kesahihannya).

Awang-Awang dan Dayang-Dayang sekalian;

Mari setiap daripada kita muhasabah dua perkara berikut :

i.                    Niat Mengikuti Pengajian di KUPU SB

ii.                  Niat Menjadi Guru Ugama

Secara teorinya terdapat banyak dan berbagai-bagai niat yang mendorong seseorang itu memohon untuk mengikuti pengajian di KUPU SB dan seterusnya akan menjadi guru ugama setelah menamatkan pengajian mereka. Saya serahkan kepada setiap orang daripada Awang-Awang dan Dayang-Dayang memuhasabah niat masing-masing. Apa yang penting ialah semuanya akan dibuktikan nanti. Tidak kiralah sama ada Awang-Awang dan Dayang-Dayang akan menjadi guru ugama di sekolah rendah, sekolah ugama, sekolah menengah, sekolah arab atau sebagainya. Saya berharap dan mendoakan semoga niat yang betul ada pada semua yang menjadi mahasiswa/mahasiswi KUPU SB dan akan dikuat dan diteguhkan setelah Awang-Awang dan Dayang-Dayang berkhidmat sebagai guru ugama demi mempertahan dan meneguhkan ugama anak bangsa tercinta serta demi suruhan ugama itu sendiri.

Sebagai guru ugama kita memerlukan keilmuan yang secukupya. Awang-Awang dan Dayang-Dayanglah yang akan menentukan tahap keilmuan bagaimanakah yang akan Awang-Awang dan Dayang-Dayang perolehi bagi dicurahkan kepada anak-anak murid yang mana mereka-mereka inilah yang akan menjadi anak watan generasi akan datang. Jika pengetahuan agama mereka dipupuk dan disemai dengan baik degnan penjagaan yang secukupnya itulah kehidupan ugama dan negara pada masa hadapan itu akan terjamin dan terus dipertahankan. Begitu pula sebaliknya.

Saya ingin mengajak Awang-Awang dan Dayang-Dayang merenung sebuah cerita benar mengenai niat. Lebih 10 tahun yang lalu, seorang guru ugama telah memohon untuk melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi. Guru ugama ini telah berpesan kepada sahabatnya yang hendak menunaikan fardu haji supaya mendoakannya di hadapan Ka`bah agar permohonannya meningkatkan kelulusan akademiknya di institusi berkenaan diterima. Apabila sahabatnya ini kembali ke tanahair, guru ugama tersebut segera  mendatangi sahabatnya itu dan mengucapkan terima kasih berulangkali kerana ternyata doanya telah “maqbul” iaitu diperkenankan oleh Allah dan dia telah diterima melanjutkan pengajian di institusi berkenanan. Sahabatnya itu berkata : “sebenarnya niat dan doa Awdalah yang didengar dan diperkenankan oleh Allah, kerana doa saya begini : Ya Allah aku memohonkan sekiranya niat guru ugama tersebut mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi itu untuk meningkatkan ilmu pengetahuannya bagi kebaikan pengajaran dan manfaat murid-muridnya dan perkhidmatannya demi menegakkan agamanya, maka Engkau kabulkan dan terimalah niat dan doanya dan Engkau mudahkanlah urusannya”. Dalam erti kata yang lain, niat dalam diri sendiri itulah yang paling penting dalam menentukan hasil yang diniatkan itu.

Persiapan Menjadi Mahasiswa/ Mahasiswi di KUPU SB

Sekarang Awang-Awang dan Dayang-Dayang bergelar mahasiswa/mahasiswi warga KUPU SB. Selama 4 hari ini Awang-Awang dan Dayang-Dayang menjalani ta`aruf atau suaikenal, berkenalan dengan suasana kampus dan pembelajaran di KUPU SB. Berdasarkan latarbelakang Awang-Awang dan Dayang-Dayang saya simpulkan ada dua keadaan transformasi yang sepatutnya Awang-Awang dan Dayang-Dayang fahami, iaitu :

  1.  
    1. Menjadi pelajar di peringkat pengajian tinggi. Keadaan ini adalah bagi mahasiswa/ mahasiswi yang sebelum ini belajar di sekolah menengah atas atau telah berkhidmat tetapi bukan sebagai guru ugama. Awang-Awang dan Dayang-Dayang hendaklah meningkatkan tahap dan kaedah pengajian dan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Ia memerlukan usaha persendirian meningkatkan perolehan ilmu pengetahuan melebihi dari hanya menerima pengisian ilmu dari ustaz atau ustazah yang member penerangan atau syarahan.
    2. Menjadi pelajar semula berlatarbelakangkan pengalaman guru ugama. Ini pula kepada mahasiswa/mahasiswi yang mempunyai latarbelakang pengalaman sebagai guru ugama. Mereka juga adalah pelajar seperti yang lain. Secara tidak sedar Awang-Awang dan Dayang-Dayang dalam kumpulan ini juga sentiasa belajar menimba ilmu semasa behadapan dengan tugas-tugas dan pelajar mereka di sekolah. Awang-Awang dan Dayang-Dayang harus memahami transformasi ini. Bahkan latarbelakang Awang-Awang dan Dayang-Dayang ini boleh menjadi satu ‘advantage’ kepada Awang-Awang dan Dayang-Dayang dalam menacapai kecemerlangan dalam mana-mana bidang jua pun. Namun bagi pelajar lain, Awang-Awang dan Dayang-Dayang tdak boleh berasa rendah diri untuk mencapai kejayaan dan kemajuan yang boleh dibanggakan.

Selain daripada itu, Awang-Awang dan Dayang-Dayang hendaklah menunjukkan kepatuhan kepada apa-apa jua peraturan dan arahan yang berjalan dan dikenakan kepada semua mahasiswa/mahasiswi di KUPU SB ini serta mengikuti aktiviti-aktiviti yang diaturkan kepada Awang-Awang dan Dayang-Dayang dari masa ke semasa. Dalam masa yang sama Awang-Awang dan Dayang-Dayang hendaklah menyahut cabaran untuk membuktikan Awang-Awang dan Dayang-Dayang adalah benar-benar layak dipilih menjadi mahasiswa/mahasiswi KUPU SB sebagai persiapan menjadi guru ugama. KUPU SB sentiasa berusaha menyediakan program dan kursus-kursus yang memenuhi keperluan Awang-Awang dan Dayang-Dayang dengan menyediakan tenaga-tenaga akademik atau pensyarah yang sentiasa bersedia memberikan sumbangan dan bantuan bagi perolehan ilmu dikalangan mahasiswa dan mahasiswi. Oleh sebab itu Awang-Awang dan Dayang-Dayang hendaklah merebut peluang bersama pensyarah dan tenaga akademik di KUPU SB ini untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan Awang-Awang dan Dayang-Dayang.

 Persiapan Untuk Menjadi Guru Ugama

Selama tempoh pengajian Awang-Awang dan Dayang-Dayang di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan ini sama ada 4 tahun atau 3 tahun atau 2 tahun, adalah tempoh untuk menimba ilmu pengetahuan untuk menjadi bekalan yang kelak akan dicurahkan kepada murid-murid atau pelajar-pelajar. Bekalan yang cukup menjadi aset penting dalam pemberian ilmu yang menepati keperluan dan matlamat sesebuah pengajaran. Bekalan yang sedikit tentu tidak dapat mencapai maksud pendidikan bahkan setentunya tidak memuaskan kehendak pembinaan diri seorang muslim yang sebenar. Jika demikian berlaku bagaimana pula hendak membina masyarakat dan negara yang dapat mempertahankan kekuatan berugama itu. Dengan itu keperluan dan kesungguhan untuk mengisi ilmu menjadi persiapan calun guru itu hendaklah diambil perhatian yang bersungguh-sungguh oleh semua Awang-Awang dan Dayang-Dayang yang sedang melangkahkan kaki ke arah kerjaya tersebut. Pepatah Arab ada mengatakan :

فاقد الشيء لا يعطي

Ertinya : “orang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak dapat memberi apa-apa”. Persiapan ilmu yang sebenar itu ialah ilmu yang dikuasai dengan sebenar-benarnya oleh jiwa nurani dan bukan sekadar yang tertulis di buku-buku atau nota-nota atau alat bantu mengajar, tetapi difahami dan dihayati dengan sebaik-baiknya supaya mendatangkan manfaat keilmuan kepada pelajar atau murid.  Dalam masa yang sama seorang guru harus menyedari setiap detik guru berada di hadapan murid-murid atau pelajar-pelajar, mereka hendaklah sentiasa diperhati oleh murid atau pelajar.

Pernahkah Awang-Awang dan Dayang-Dayang meneliti diri di cermin di rumah sendiri sebelum melangkah ke sekolah dan berkata kepada diri sendiri “inilah yang akan dilihat oleh murid atau pelajar di sekolah nanti?” Semua itu akan memberi kesan dan pengaruh kepada mereka. Jika contoh tauladan yang baik dan mendatangkan hasil yang baik pula, tentulah kita merasa bersyukur dan mengucapkan al-hamdulillah. Bayangkan jika sebaliknya?  Tentu tidak seorang pun daripada Awang-Awang dan Dayang-Dayang di sini yang mahu dipersalahkan kerana kealpaan dan kelalaian disebabkan tidak mengambil berat perkara ini. Yang boleh kita berasa gembira atas peringatan ini ialah kita akan sentiasa beringat dan memelihara tingkahlaku sendiri supaya sentiasa memberikan contoh tauladan yang terbaik bukan sahaja kepada murid atau pelajar, tetapi hakikatnya ialah kesedaran diri sendiri terhadap kewajipan bertingkahlaku yang sedemikian itu.

Aspek lain yang tidak kurang pentingnya bahkan memberi nilai tambah dalam melaksanakan tugas sebagai guru ugama ialah meningkatkan kemahiran dan kaedah-kaedah pengajaran supaya sentiasa memberikan kepuasan dalam pembelajaran di kalangan murid atau pelajar. Ia juga menunjukkan kepekaan dn inisiatif guru berkenaan terhadap pekerjaannya. Seorang guru tidak hanya akan memagari perhatiannya kepada tugasannya di sekolah, tetapi juga terhadap perkara-perkara yang boleh memberi kesan di persekitarannya. Dengan yang demikian pendekatan terhadap alam sekeliling seperti jiran dan masyarakat mestilah mengambil kira aspek-aspek yang boleh memberi manfaat kepada sekolah dan murid-murid atau pelajar-pelajar. Ini kerana guru-guru dan murid-murid atau pelajar juga adalah sebahagian daripada masyarakat.

Kecintaan kepada KUPU SB demi kecemerlangan

Mari kita renung dan teliti untuk diambil perhatian akan titah dan harapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa permakluman penubuhan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, iaitu :

semoga Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan akan menjadi kebanggaan negara, memenuhi keperluan Negara dan bersedia membuka pintunya kepada penuntut dari luar”

Kesedaran yang perlu wujud dalam setiap daripada warga Kolej Univerisit ini sama ada mahasiswa atau mahasiswi, pegawai atau kakitangan ialah untuk menunjukkan usaha dan pencapaian yang boleh menjadi kebanggaan Negara. Ia boleh dilakukan dengan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu di Kolej Universiti ini, menyertai aktiviti dan memberikan sumbangan yang diperlukan bagi maksud yang dikatakan ‘dapat dibanggakan’ dan sebagainya.

Selain daripada kualiti program akademik, perkhidmatan dan staf, elemen yang sangat penting dalam kemajuan dan kecemerlangan sesebuah institusi pengajian tinggi ialah pencapaian cemerlang mahasiswa atau mahasiswi dan graduannya. Sebuah institusi pengajian tinggi akan berbangga dengan nama baik dan pencapaian yang dijulang oleh para mahasiswa atau mahasiswi atau graduannya. Sebaliknya institusi tersebut tidak dapat mengangkat martabat dan namanya tanpa menunukkan pencapaian dan prestasi cemerlang para mahasiswa atau mahasiswi atau graduannya. Dengan sebab itu bertekadlah mulai sekarang wahai para mahasiswa dan mahasiswi sekalian untuk meletakkan nama dalam senarai mereka yang mencapai yang terbaik dan kelak akan menyemarakkan nama-nama indah menjadi kebanggaan bukan sahaja Kolej Universiti bahkan bangsa dan Negara.

 Sekarang saya ingin berkongsi wawasan dengan Awang-Awang dan Dayang-Dayang sekalian, iaitu untuk mencapai dan menjadikan Kolej Universiti ini sebagai universiti penuh setanding bahkan mengatasi lain-lain universiti. Mungkin sebahagian daripada Awang-Awang dan Dayang-Dayang tidak berkesempatan untuk berada di Kolej Universiti ini apabila masa itu tiba. Namun apa yang dituntut daripada setiap Awang-Awang dan Dayang-Dayang ialah untuk menunjukkan iltizam tinggi ke arah wawasan tersebut. Seperti yang saya sebutkan tadi pencapaian Awang-Awang dan Dayang-Dayang adalah secara langsung akan diambil kira dalam merealisasikannya. Dengan yang demikian sentiasalah berusaha bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang boleh menjadi kebanggaan serta menjadi asas kepada peningkatan tahap kepada Universiti sepertimana yang diharapkan.  

Satu lagi aspek yang sangat diperlukan untuk dipraktikkan oleh setiap daripada Awang-Awang dan Dayang-Dayang ialah sentiasa menekankan peningkatan performan sama ada semasa menuntut di Kolej Universiti ini atau apabila telah berkhidmat dan bertugas. Dengan berasaskan peningkatan ilmu dan latihan dalam kemahiran pengajaran, maka ia adalah sangat menepati galakan Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam supaya orang Islam itu apabila membuat sesuatu pekerjaan hendaklah sentiasa bersungguh dan meningkatkan menjadi yang lebih baik.

Apabila telah menamatkan pengajian dan mencapai kejayaan yang diharap-harapkan maka adalah menjadi tanggungjawab para guru sekalian yang telah bergelar graduan untuk sentiasa menjaga bahkan meningkatkan kualiti pengajaran mereka semasa menunaikan tanggungjawab dalam perkhidmatan mereka. Ini bagi memastikan tanggungjawab guru ugama itu sentiasa berterusan terpelihara menepati kehendak dan matlamat perkhidmatan tersebut.

Salah satu daripada kesinambungan dalam membuktikan kecintaan terhadap Kolej Universiti ialah adanya saluran bagi pada graduan dan lepasan Kolej Universiti ini untuk berkhidmat  di KUPU SB sama ada  sebagai tenaga akademik atau bukan akademik. Sekalipun saluran ini tidak terbuka kepada semua graduan tetapi Kolej Universiti mengalu-alukan dari kalangan yang berkelayakan untuk menyertai semula menjadi warga Kolej Universiti. Ia sekaligus dapat memberi laluan kepada mereka yang terpilih untuk meningkatkan kelulusan akademik mereka sehingga ke peringkat tertinggi. Selain daripada semua graduan adalah layak untuk menjadi ahli dalam persatuan alumni Kolej Universiti apabila tiba masanya dimana semua mereka itu diharapkan akan dapat memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada persatuan itu nanti.   

Kemantapan pengukuhan jati diri Guru Ugama :

Satu pegangan yang mesti disematkan dalam diri setiap Awang-Awang dan Dayang-Dayang yang bergelar guru ugama ialah “tugas menjadi Guru Ugama  merupakan suatu penghayatan dan ianya berterusan”. Ia bermaksud kedudukan pekerjaan menjadi guru ugama itu mestilah dihayati dengan sepenuh kesedaran. Ini akan memberi kesan kepada penzahiran penghayatan itu dalam perlakuan dan tingkahlaku guru ugama, dalam tutur kata pengajaran guru ugama, dalam pergaulan dan penglibatan sesama ahli masyarakat dan sebagainya. Tiada istilah ‘bekas guru ugama’ kerana guru ugama adalah merupakan  trademark’. Ianya suatu nilaian tinggi tehadap tahap kedudukan yang mulia bagi sesiapa yang berada di dalamnya. Sebab itu jangan sia-siakan kedudukan ini dengan cuba-cuba melakukan apa-apa yang boleh memberi binti dan titik-titik hitam kepada gelaran ini. Terima dan jadikanlah ia satu anugerah bernilai yang menjadi panduan untuk kita sentiasa memberi manfaat kepada orang lain dan menjadi benteng pertahanan dari memberi kemudaratan kepada yang lain.Seorang guru ugama hendaklah mempunyai kekuatan aqidah dalam jiwanya.

Seorang guru ugama bertanggungjawab menyemai dan menyuburkan aqidah yang betul dalam diri murid atau pelajarnya. Bayangkan bagaimana seorang guru ugama akan mendapat hasil pegangan aqidah yang betul dan padu dijiwa pelajar sedang dia sendiri tercari-cari dan goyang pertahanan aqidahnya. Bagaimana dia hendak membina kumpulan ahli masyarakat yang teguh pegangan agamanya sedang dia sendiri tidak yakin akan ilmu yang diperolehinya kerana kurang amalan terhadap kepercayaannya itu.

Awang-Awang dan Dayang-Dayang yang dikasihi sekelian;

Seorang guru ugama harus menanamkan dalam lubuk jiwanya bahawa apabila dia hendak berbuat amal ma`ruf dan nahi munkar, dia terlebih dahulu mempersiapkan dirinya percaya dengan sesungguhnya dengan beramal dengan apa yang disuruhnya dan meninggalkan apa yang dilarangnya. Inilah kaedah yang sangat membawa kejayaan bahkan keberkatan dalam pekerjaan terlebih-lebih lagi menjadi guru ugama. Kepercayaan yang teguh dengan harapan dapat membuahkan hasil kepada pengajarannya. Bukankah memperkatakan sesuatu yang kita sendiri tidak meakukannya adalah dicela oleh Allah? Firman Allah yang bermaksud :

“Sangat besar kebencian di sisi Allah iaitu kamu mengatakan apa yang tiada kamu kerjakan”          (surah al-Saff : 3)

Satu aspek pelengkap kepada sudut personaliti seorang guru ugama ialah mempunyai akhlaq yang terpuji. Secara langsung atau tidak keadaan ini sangat berkaitan dengan tujuan pendidikan Islam itu sendiri iaitu untuk melahirkan murid atau pelajar yang berakhlaq mulia dan terpuji melalui ilmu pengetahuan yang diberikan oleh guru ugama itu. Bayangkanlah sekiranya seorang guru ugama tidak menjaga akhlaq dan keperibadian diri sendiri, tentulah dia tidak dapat pula menerapkan nilai-nilai akhlaq tersebut di kalangan murid atau pelajarnya. Jauh sekali untuk mengambil perhatian terhadap usaha-usaha menanamkan akhlaq tersebut di kalangan mereka.

Rangsangan dan motivasi calun Pendidik Anak Bangsa :

Saya ingin menekankan sekali lagi kata-kata dalam pendahuluan penyampaian amanat ini iaitu betapa pentingnya niat ikhlas seorang guru ugama dalam menjalankan tugas dan pekerjaannya. Niat merupakan permulaan kepada segala keberhasilan dalam pekerjaan. Semua kita percaya setiap perbuatan itu akan mendapat balasan sesuai dengan niatnya. Jika permulaan pekerjaan kita seperti memasuki Kolej Universiti ini atau untuk menjadi guru ugama itu hanya kerana nilai material seperti mendapatkan biasiswa atau gaji pegawai berasaskan nilai segulung ijazah, maka tidak heranlah matlamat sebenar pendidikan Islam tidak akan tercapai. Semakin kuat keinginan kita, semakin jauh pula jangkauan keberhasilan yang sepatutnya kita raih. Siapakah yang lebih baik balasannya daripada Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hati sanubari kita dalam menjalankan tugas dan perkhidmatan jika disandarkan kepada-Nya sahaja? Allahlah yang Maha tahu apa yang terbaik untuk kita dan murid atau pelajar kita sekiranya ilmu pengetahuan dan amal perbuatan itu untuk mendapat reda dan berkat dari Allah jua. Sebaliknya sangat mudah bagi Allah untuk menyerahkan seseorang itu memperolehi apa yang diniatkannya lain daripada Allah.  Allah berfirman dalam surah al-baiyinah, ayat 5 yang tafsirnya :  

“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid …”

Dua sifat terpuji yang menjadi kunci kejayaan dalam pekerjaan lebih-lebih lagi mereka yang bergelar guru ugama ialah syukur dan sabar. Syukur merupakan petunjuk kepada kepintaran intelekual seseorang. Sementara orang yang sabar adalah orang yang cerdas emosinya. Ia memberi makna bahawa untuk mencapai kejayaan itu bukan sahaja dengan memiliki kepintaran secara intelektual tetapi juga memerlukan kecerdasan dari sudut emosinya. Seorang guru semestinya memiliki sifat syukur kerana diberikan peluang oleh Allah subhanahu wa ta`ala untuk berada dalam kedudukan yang mulia sebagai ورثة الأنبياء  atau “pewaris para nabi-nabi”. Maka dengan kedudukan tersebut sepatutnyalah para guru menzahirkan kesyukuran tersebut dengan menaburkan keilmuan dengan bersungguh-sungguh dalam menguasai ilmu pengetahuan. Sementara itu hendaklah bersabar dalam mengahadapi segala rintangan dan kesulitan yang mungkin timbul semasa menjalankan pekerjaan serta dapat mengendali dan menguruskan pekerjaannya. Di dalam Islam kemampuan mengendali gejolak emosi yang ada di dalam diri seseorang itu disebut sebagai sabar. Semakin tinggi tahap kesabaran seseorang semakin tinggi pula kecerdasan emosinya. Bayangkan seorang guru ugama yang tidak dapat mengawal suhu emosinya sudah tentu tidak menumpukan perhatian dan tugasnya mengajar kebaikan kepada murid atau pelajarnya. Bahkan tidak dapat memberikan contoh sikap dan akhlaq terpuji kepada meraka.  Sekaligus tidak dapat menerapkan nilai keimanan sebenar kepada murid atau pelajarnya.     

Hadis Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam yang bermaksud :

“Iman terbahagi kepada dua; separuh dalam sabar dan separuh lagi dalam syukur”       (hadis riwayat al-Baihaqi)

Satu kekuatan tenaga dalaman (inner energy)  yang perlu di miliki oleh guru ugama ialah keyakinan diri dalam menunaikan tugas, dalam penyampaian ilmu pengetahuan dan dalam menjalankan tanggungjawab kerana Allah. Keyakinan diri bagi guru ugama boleh dibina melalui pengisian keilmuan sebenar di dalam dada. Pepatah Arab mengatakan :

العلم فى الصدور، لا فى السطور 

Ertinya : ilmu sebenar itu adalah yang terletak di dada, bukan yang (bertulis) di tulisan”. Adalah suatu yang dapat dibuktikan iaitu seorang guru yang tidak mempunyai persedian yang secukupnya dengan bahan pengajarannya akan memberikan hasil pembelajaran yang tidak memuaskan disebabkan ketidakyakinan guru itu dalam menyampaikan pengajarannya, sangat bergantung kepada apa yang tertulis di dalam buku-buku teks atau buku rujukan dan tidak menunjukkan daya usaha yang sepatutnya semasa pengajaran. Para guru hendaklah mengambil perhatian yang sewajarnya dalam perkara ini. Adilkah keadaan ini berlaku terhadap murid atau pelajar yang mengharapkan dan memerlukan pengisian ilmu pengetahuan untuk bekalan dan persediaan kehidupan berugama mereka di masa hadapan? Di mana rasa kebertanggungjawaban guru terhadap tugas dan amanah yang diberikan kepadanya mendidik anak bangsa itu?

Adalah sangat perlu menjadi panduan dan landasan bagi seorang guru dalam menunaikan tanggungjawabnya serta menguatkan di dalam jiwanya bahawa masa depan aqidah, Syariah dan akhlaq anak bangsanya yang terdiri daripada murid atau pelajarnya adalah berada di tangan mereka. Dengan yang demikian Awang-Awang dan Dayang yang bakal menjadi guru ugama semestinyalah menunaikan kewajipan dan melaksanakan amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab mempertahankan dan menguatkan agama Allah. Sekiranya kelalaian dan kecuaian di pihak guru ugama dalam menjalankan tugas pengajaran dan yang bersangkutan dengan aqidah, Syariah dan akhlaq murid atau pelajarnya, maka ia akan membawa kesan bahkan padah kepada bukan sahaja murid atau pelajar itu secara individu bahkan kepada masyarakat dan umat Islam dan ugama Islam itu sendiri pada amnya di masa hadapan. Namun usaha dan tugas melaksanakan kewajipan dengan niat yang ikhlas dan pekerjaan mengikut sepertimana yang dikehendaki sudah tentu mendapat ganjaran kebaikan daripada Allah subhanahu wa ta`ala jua.

Menghayati peristewa Isra’ dan Mi`raj :

Sempena bulan Rajab yang baru lalu iaitu melalui peristewa Isra dan mi`raj yang terjadi di bulan tersebut, saya ingin mengaitkan pengajaran yang boleh diambil daripada peristewa tersebut dengan kehidupan yang bakal Awang-Awang dan Dayang-Dayang tempuhi semasa tempoh pengajian di Kolej Universiti ini. Dalam menjalani kehidupan sebagai bakal seorang guru, maka adalah perlu menimba dan menguasai ilmu pengetahuan sebanyak-banyaknya untuk menjadikan aqidah dan pegangan kita mantap, jiwa rohani kita teguh dan asas keyakinan kita yang tinggi. Ini ditunjukkan melalui kekuatan jiwa tidak terpengaruh dengan rayuan dan godaan serta kekuatan aqidah para sahabat akan kekuasaan Allah me’isra-mi`rajkan Nabi Muhammad sallallahu `alaihi wasallam. Peristewa dimana Nabi dibedah dan dibersihkan hatinya menunjukkan keperluan kepada seorang guru ugama itu mempunyai hati yang bersih, reda dan berlapang dada untuk menerima tugasan dan pekerjaan sebagai guru ugama serta menjunjung pekerjaan itu sebagai pekerjaan yang mulia.  Menjadi mahasiswa/ mahasiswi memerlukan kesungguhan dan ketekunan mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Ia memerlukan jihad terhadap hawa nafsu yang sentiasa mengarah kepada sesuatu yang melalaikan dan leka dengan kesukaan dunia. Dalam keseluruhan penumpuan terhadap melaksanakan tugas dan tanggungjawab itu bakal guru ugama diingatkan supaya  jangan meninggalkan solat. Terma istilah solat boleh dimaksudkan kepada الصلاة  yang bermaksud salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu `alaihi wassalam

 (اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم)

,atau الصلاة yang bermaksud doa atau terlebih-lebih lagi  الصلاةyang bermaksud sembahyang sama ada sembahyang fardu atau sunat, yang mana anugerah solat inilah yang menjadi kemuncak peristewa isra’ dan mi`raj itu. Kesemua terma istilah ini adalah menepati solat yang diperintahkan untuk dibuat dan jangan sekali-kali ditinggalkan. Sementara sifat amanah adalah sifat yang mesti dimiliki sebagai dorongan untuk memenuhi harapan mereka apabila Awang-Awang dan Dayang-Dayang mengikuti pengajian di KUPU SB ini. Ia juga bermaksud supaya Awang-Awang dan Dayang-Dayang sentiasa menunjukkan prestasi dan pencapaian yang dikehendaki sesuai dengan kemudahan-kemudahan yang Awang-Awang dan Dayang-Dayang perolehi.

Mengenai doa ini biasanya kita berdoa untuk kedua orang tua kita, ahli keluarga kita atau mana-mana orang yang termasuk dalam sahabat atau mereka yang kita kasihi. Persoalannya : pernah kita mendoakan untuk kebaikan dan kesejahteraan anak-anak murid atau pelajar kita? Untuk kemajuan dan kecemerlangan sekolah tempat kita belajar atau tempat kita bertugas? Untuk teman-teman atau guru-guru yang bersama kita di sekolah tersebut? Nah mulailah dari sekarang mendoakan mereka itu atau sekolah itu kerana kitapun termasuk di dalam sekolah atau tempat tersebut, mudah-mudahan kita sama-sama mendapat kebaikan, rahmat dan hidayat daripada Allah.

Penutup

Sebagai penutup saya simpulkan iaitu Awang-Awang dan Dayang-Dayang hendaklah sentiasa menyemai kecintaan kepada KUPU SB dengan beroleh kejayaan dan kecemerlangan. Awang-Awang dan Dayang-Dayang  hendaklah sentiasa menghayati dan terus mengukuhkan jati diri serta nama baik GURU UGAMA demi ugama itu sendiri. Awang-Awang dan Dayang-Dayang hendaklah sentiasa meningkatkan motivasi diri sendiri demi persediaan untuk kemajuan dan kecemerlangan anak bangsa sendiri.   

Tip motivasi :
“Masa ini agama, bangsa dan negara memerlukan    khalifah bagi memperkuat dan mempertahankan aqidah, penghayatan dan keikhlasan berugama. Ia bermula dari setiap daripada Awang-Awang dan Dayang-Dayang ”

 وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

شكرا لكم

Terima kasih / Thank you

 

Berita