Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTedarus Al-Quran Keluarga Kebangsaan



بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين، وبه نستعين على أمور الدنيا والدين، والصلاة والسلام على سيد المرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين.

 

PENDAHULUAN

Ibu bapa merupakan ahli keluarga yang berperanan  penting dalam mewujudkan keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah. Bahkan ibu bapa merupakan ejen pembentukan sahsiah anak-anak, menyediakan persekitaran yang sihat dan islamik.

Salah satu peranan utama institusi keluarga ialah melahirkan generasi yang berdisiplin dan bertanggungjawab sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Tahun Baru Masihi 2000:

Amalan agama dan bimbingan moral amatlah mustahak, apatah lagi dalam keadaan negara kita seperti juga negara-negara lain sedang mengalami arus teknologi maklumat dan internet yang membawa bersamanya pelbagai elemen, tidak terkecuali pengaruh positif dan juga negatif.

Untuk menghadapi dan menanganinya, bukan sahaja merupakan tugas pihak-pihak tertentu seperti guru dan pendidik, tetapi sebenarnya merupakan tanggungjawab semua pihak, terutama sekali ibu bapa yang berkewajipan menciptkan kerukunan rumahtangga serta hidup berkeluarga yang harmoni dan bahagia.

Menyedari kepentingan institusi keluarga ini, buat julung-julung kalinya, Pusat Kajian Fiqh al-Usrah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan mengambil inisiatif untuk mengadakan Tedarus al-Quran Keluarga Kebangsaan bersempena Hari Keluarga Kebangsaan 2018.

 

OBJEKTIF

Majlis ini antara lain bertujuan:

  • Membudaya tedarus dan bacaan al-Quran dalam kehidupan berkeluarga.
  • Meningkatkan ibadah dengan menghadiahkan pahala bacaan kepada ibu bapa dan keluarga yang telah tiada.
  • Mengeratkan hubungan kekeluargaaan dan silaturrahim antara keluarga dengan penyertaan bersama.

 

TARIKH, HARI DAN TEMPAT

Majlis ini akan diadakan  pada:

Tarikh                    :               26 Ramadhan 1439H bersamaan 11 Jun 2018M

Hari                       :               Isnin

Tempat                 :               Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah, Kg Kiarong

 

TETAMU KHAS

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman

Menteri Hal Ehwal Ugama & Datin

Negara Brunei Darussalam.

 

Yang Berhormat Mejar General (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Muluk Dato Seri Paduka Haji Abidin

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan & Datin

Negara Brunei Darussalam.      

 

JEMPUTAN DAN PESERTA TEDARUS

Jemputan Khas terdiri daripada:

  • Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
  • Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan.

Manakala Peserta khatam dijangka kira-kira 500 orang, terdiri daripada wakil  Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Swasta serta Persatuan-Persatuan NGO bersama keluarga masing-masing.


Setiap keluarga peserta hendaklah terdiri daripada:

1) Suami dan Isteri

2) Ibu bapa dan anak-anak atau cucu

3) Ibu atau bapa dan anak-anak

4) Adik beradik

5) Bapa Saudara/ Ibu Saudara dan anak saudara

 

FORMAT BACAAN

  • Peserta hendaklah tahu dan pandai membaca al-Quran dengan bertajwid.
     
  • Peserta  dan keluarga hendaklah membaca ayat al-Quran pilihan pada waktu dan tempat yang telah ditetapkan.
     
  • Salah seorang keluarga hendaklah mendengar bacaan ahli keluarga masing-masing sekurang-kurangnya 1 muka surat.
     
  • Pemantauan akan dilakukan ketika halaqah keluarga sedang berlangsung. 

 

PENYAMPAI TAZKIRAH

Tajuk Tazkirah :  "Keluargaku Penyayang Pencinta al-Quran Negara Gemilang"

Penyampai      :    Dr. Abang Haji Hadzmin bin Abang Haji Taha

                              Pemangku Timbalan Ra'es, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

 

PENUTUP

Majlis ini diharap akan dapat memberikan manfaat kepada institusi keluarga dalam menjalani hidup berkeluarga yang semakin mencengkam dewasa ini dan sekaligus menjadi wadah dalam menanai objektif Pusat Kajian Fiqh al-Usrah untuk menjadi pusat penyebaran ilmu berhubung dengan Fiqh al-Usrah bagi keperluan ugama masyarakat dan negara. Kejayaan perlaksanaannya adalah sangat bergantung kepada kerjasama semua pihak.



ATURCARA MAJLIS TEDARUS KELUARGA KEBANGSAAN

SEMPENA HARI KELUARGA KEBANGSAAN 2018


​                                                              07.30 pagi:  Ahli Jawatankuasa hadir 
​                                                              08.00 pagi:  Pendaftaran Peserta
​                                                              08.30 pagi: Tedarus al-Quran secara halaqah dimulakan 
​                                                              09.30 pagi:Kehadiran Jemputan 
​                                                              10.00 pagi:   Ketibaan Tetamu Khas   
Bacaan surah al-Fatihah oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Doa Sebelum Bacaan al-Quran
Tazkirah "Keluargaku Penyayang Pencinta al-Quran Negara Gemilang"

oleh: Yang Mulia Dr. Abang Haji Hadzmin bin Abang Haji Taha 

Bacaan Tahlil diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Haji Manan bin Haji Osman 
Doa Selamat

Bersurai



Bagi yang ingin menyertai Tedarus Keluarga Kebangsaan ini, sila klik BORANG PENYERTAAN untuk dimuat turun.