Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSarjana Muda


PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA

 

Fakulti Pen​​​didikan

(601) Sarjana Muda Perguruan Ugama (Pendidikan Islam) - dengan Minor

Pusat Bah​​asa

(602) Sarjana Muda Perg​uruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab)

Fakulti Pendidik​​an Sains Kemasyarakatan

Program Berkembar (Twinning Programme)
(603) Sarjana Muda Perguruan Ugama (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) 
(604) Sarjana Muda Perguruan Ugama (Tekno-Keusahawanan)

(605) Sarjana Muda Perguruan Ugama (Keusahawanan Digital)


 SYARAT UMUM​

1.    Memperolehi salah satu kelulusan berikut:

  1. Diploma Tertinggi Perguruan Ugama dari KUPU SB atau yang sebanding dengannya.
  2. Diploma 'Aliyah Qiraat dari ITQSHHB atau yang sebanding dengannya.
  3. STPUB: Lulus dalam Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB).
  4. A Level: Lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat 'C' termasuk salah satu daripadanya Usuluddin atau Syariah dalam Brunei-Cambridge GCE peringkat 'A' atau yang sebanding dengannya dan lulus dalam Peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama Brunei (SSRU) atau mana-mana sijil yang sebanding dengannya.

2.    Calon dikehendaki:

  1. Boleh membaca al-Qur'an dengan baik.
  2. Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.
  3. Lulus dalam ujian kelayakan dan kesihatan.

SYARAT KHUSUS

  1. Bagi program (602) Sarjana Muda Perguruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab), pemohon adalah dikehendaki mendapat sekurang-kurangnya pangkat JAYYID dalam Lughah Arabiyyah dan Qawaid Arabiyyah atau yang sebanding dengannya.
  2. Bagi program (603) Sarjana Muda Perguruan Ugama (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan); calon dikehendaki Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam Brunei-Cambridge GCE peringkat “O" sekurang-kurangnya gred C6 atau yang sebanding dengannya, dan dikehendaki lulus dalam ujian; Kecerdasan fizikal dan mental, dan psikometrik.
  3. Bagi program (604) Sarjana Muda Perguruan Ugama (Tekno-Keusahawanan); dan (605) Sarjana Muda Perguruan Ugama (Keusahawanan Digital), calon dikehendaki Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam Brunei-Cambridge GCE peringkat “O" sekurang-kurangnya gred C6 atau yang sebanding dengannya, dan dikehendaki lulus dalam ujian psikometrik.

Maklumat/syarat tambahan:​

Pemohon matang: Jawatankuasa Kemasukan KUPU SB boleh mempertimbangkan permohonan sebagai pemohon matang tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1.    Mempunyai pengalaman mengajar tidak kurang daripada lima (5) tahun.

2.    Memperolehi salah satu kelulusan berikut:

  1. Lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran ugama dalam Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan memperolehi Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
  2. Lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran sama ada Syariah atau Usuluddin dalam Brunei-Cambridge GCE peringkat 'A' yang sebanding dengannya.
  3. Memperolehi sekurang-kurangnya kepujian empat (4) mata pelajaran dalam Brunei-Cambridge GCE peringkat 'O' termasuk Pengetahuan Ugama Islam dan Bahasa Melayu.
  4. Lulus Sijil Latihan Perguruan Ugama atau yang sebanding dengannya daripada institusi-institusi pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan.

3.    Lulus dalam ujian kelayakan.

 

TEMPOH PENGAJIAN

  1. Sepenuh masa: 4 tahun (8 semester).
  2. Separuh masa: 4-7 tahun (8-14 semester).
  3. Tempoh pengajian bagi program berkembar adalah 4 tahun (8 semester) iaitu secara sepenuh masa.

Senat boleh mempertimbangkan tempoh minimum dan maksimum pengajian mengikut kesesuaian.

 

BAHASA PENGANTAR

1.    Bahasa pengantar adalah dalam Bahasa Melayu. Sementara Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris digunakan bagi kursus-kursus tertentu.

2.    Bahasa pengantar bagi Program Sarjana Muda Perguruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab) adalah dalam Bahasa Arab. Sementara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga digunakan bagi kursus-kursus tertentu.

 

SENARAI MINOR (tertakluk kepada penawaran)

Bagi program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Pendidikan Islam) dengan Minor:

​Fakulti Usulud​din

  • ​Pengajian al-Quran Dan al-Sunnah
  • Falsafah Dan Pemikiran Islam
  • Dakwah Dan Kepimpinan
  • Dakwah dan Isu Kontemporari

 Fakulti Syariah

  • Usul Fiqh
  • Kewangan Islam
  • Fiqh Ahwal Syakhsiyah

​Fakulti Pendidikan

  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Bimbingan Dan Kaunseling
  • Pendidikan Khas
  • Inovasi dan Teknologi Pendidikan Islam
  • Pendidikan Bahasa Melayu dan Sastera Islam
  • Pendidikan Sains Kesihatan Islam
  • Pendidikan Kesenian Islam
  • Pendidikan Melayu Islam Beraja
  • Keusahawanan Dalam Pendidikan Islam

​Pusat Ilmu Teras

  • Seni al-Qur'an​

​Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama'ah

  • Aqidah Ahli Sunnah Waljama'ah
  • Fiqh Ahli Sunnah Waljama'ah
  • Tasawuf Ahli Sunnah Waljama'ah

​Pusat Kajian Fiqh al-Usrah

  • Pendidikan Keluarga Islam

Permohonan Kemasukan bagi sesi Akademik 2024/2025

dibukakan pada 19 Februari 2024 hingga 16 Mac 2024


Klik di sini untuk memohon


Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

UNIT KEMASUKAN DAN REKOD PELAJAR
BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK

KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN
KM 2, JALAN RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA,
BANDAR SERI BEGAWAN BA 2111,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
Emel: hea@kupu-sb.edu.bn