Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath

​PENGENALAN

Penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath adalah hasil cadangan daripada resolusi Seminar Serantau Kitab Turath yang telah dilaksanakan pada pada 19 dan 20 Zulkaedah 1431H bersamaan 27 dan 28 Oktober 2010M di Dewan Tarbiyah KUPU SB anjuran bersama Pusat Ilmu Teras (PIT) dan Fakulti Usuluddin Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. 

Penubuhan pusat ini secara rasminya telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 16 Safar 1441H bersamaan 15 Oktober 2019M bersempena Majlis Konvokesyen Ke-9 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan sebagaimana titah baginda. 

Kepada KUPU SB, Beta pernah bertitah mengenai 'Tulisan Jawi'. Pada hemat Beta, Tulisan Jawi tidak wajar dibebankan kepada KUPU SB sahaja, sedangkan ia menyangkut tanggungjawab semua. Kerana bukankah Tulisan Jawi itu, sama dengan Bahasa, merupakan jiwa dan identiti bangsa? 

Selaku milik bersama, maka semua pihak, terutama pusat-pusat pengajian tinggi, wajarlah bergerak bersama-sama, bantu membantu untuk mendaulatkan warisan ini. Dan Beta, berdasarkan rasional ini, telah memperkenankan penubuhan Pusat Pengkajian Jawi." 

(Petikan Titah sempena Majlis Konvokesyen Ke-9 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, pada 16 Safar 1441H  / 15 Oktober 2019M)


VISI

Sebagai Pusat Sumber Jawi dan Kitab Turath yang Autoratatif bagi memperkasakan Tulisan Jawi dan Pengajian Kitab Turath di alam Melayu

MISI

1)  Memartabatkan tulisan jawi dan kitab turath sama ada dalam penggunaan, penjagaan, penyelarasan, perkembangan dan penyebarannya di Negara Brunei Darussalam dan  antarabangsa dalam bentuk kegiatan promosi, latihan, konsultasi dan khidmat nasihat.

2)  Menjadi Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan  Kitab Turath di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa bagi keperluan dan kepentingan masyarakat dan negara. 

3)  Mengembangluaskan budaya penyelidikan jawi dan kitab turath dalam kalangan tenaga akademik Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan khususnya dan para intelektual serta ahli-ahli akademik ugama umumnya.

4)  Menjadi pusat koleksi data dan maklumat serta bahan-bahan rujukan Islam berhubung jawi dan kitab turath.

5)  Menjadi  wadah pemikiran antarabangsa  dalam mempertahankan martabat tulisan jawi dan kitab turath sama ada melalui seminar, simposium dan kolokium.

MATLAMAT

1)  Menyelidik dan mendokumentasi serta menyusun perolehan penyelidikan dari segala aspek yang berkaitan dengan jawi dan kitab turath melayu.

2)  Mengumpul, menyimpan dan memelihara segala bentuk bahan jawi dan kitab turath yang bernilai untuk kemudahan rujukan, pengkajian dan penerbitan.

3)  Menerbit buku-buku dan penulisan-penulisan dari perolehan sumber-sumber kajian dan penyelidikan jawi dan kitab turath yang dijalankan untuk disebar sebagai bahan rujukan dan bacaan orang ramai.

4)  Memperkenalkan tulisan jawi dan kitab turath kepada semua peringkat lapisan masyarakat melalui hari terbuka Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath secara berkala.

5)  Memberikan khidmat talaqqi kitab turath bagi semua pelajar dan orang ramai di Negara Brunei Darussalam.

6)  Menjalankan penyelidikan dan kajian naskah-naskah kitab turath melayu sama ada yang masih berbentuk manuskrip mahu pun yang sudah disusun sebagai kitab turath biasa bersama dengan institusi-institusi di Negara Brunei Darussalam.


PROGRAM YANG DITAWARKAN

1. Diploma Pengajian Kitab Turath
2. Diploma Pengajian Kemahiran Jawi dan Kaligrafi Islam


Muat turun Buku Maklumat Program Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi & Kitab Turath


PENTADBIRAN PUSAT 


Azman bin Haji Kassim 
Pengarah / Penolong Pensyarah
E-mel :  azman.kassim@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277

Dr Haji Harapandi Dahri 
Penolong Kanan Profesor
E-mel : harapandi.dahri@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277​

Dr Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk
Pensyarah
E-mel : azmi.muluk@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277 

Abdul Rahman bin Haji Ajak
Penolong Pensyarah
E-mel :  rahman.ajak@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277 

Nur Fatin Nabahah binti Saini
Penolong Pendaftar (I-Ready)
E-mel : fatin.saini@kupusb.edu.bn
No. Tel :  2 236277 

Muhammad Fayyadh bin Awang Taib
Pegawai Kegiatan (I-Ready)
E-mel :  fayyadh.taib@kupusb.edu.bn
No. Tel : 2 236277

Muhammad Razin bin Ramli
Pekerja Sambilan
No. Tel : 2 236277​


E-mel :  pppjkt@kupu-sb.edu.bn