Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPengenalan Alumni KUPU SB


Objektif-objektif Persatuan Siswazah KUPU SB adalah:

(a) Memajukan  dan  mempertahankan  hak  kepentingan  dan kebajikan ahli-ahlinya termasuk keagamaan, intelek, ekonomi, sosial, kebudayaan, sukan dan menggalakkan dan meningkatkan kegiatan-kegiatan serta kerjasama di kalangan ahli-ahlinya;

(b) Menyatukan  semua  graduan  KUPU  SB  dan  menjadi  saluran penghubung  di  antara  ahli-ahli  Persatuan  Siswazah  KUPU  SB dengan KUPU SB, institusi pengajian tinggi lain serta masyarakat umum;

(c) Menamakan  wakil-wakil  Persatuan  Siswazah  KUPU  SB  untuk berkhidmat  sebagai  ahli-ahli  pihak  berkuasa  Kolej  Universiti dan badan-badan luar yang lain;

(d) Memberi  sumbangan  ke  arah  kemajuan  dan  pembangunan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan;

(e) Mendukung hasrat dan aspirasi negara ke arah kejayaan bidang perguruan dan pendidikan ugama;

(f) Meningkatkan kualiti diri siswazah dalam bidang akademik dan pengetahuan umum khasnya profesionalisme keguruan ugama dari semasa ke semasa; dan

(g) Meningkatkan  penglibatan  siswazah  dalam  kegiatan-kegiatan kemasyarakatan khususnya dalam kegiatan keagamaan.

KEAHLIAN DAN YURAN KEAHLIAN

1. Setiap  graduan  KUPU  SB  adalah  menjadi  ahli  Persatuan  Siswazah KUPU SB.

2. Setiap ahli hendaklah membayar yuran keahlian sebanyak B$35.00 (sekali seumur hidup) sebelum menamatkan pengajian di KUPU SB dan hendaklah dicatat dalam “Borang Pelunasan” (Clearance) KUPU SB sebelum hari konvokesyen.

3. Yuran  tahunan  bagi  setiap  ahli  adalah  sebanyak  B$12.00  dan hendaklah dibayar dalam bulan pertama setiap tahun.

4. Jawatankuasa  Eksekutif  boleh  menggantung  atau  menggugurkan keahlian seseorang ahli jika pada pendapatnya telah salah laku atau bertindak bertentangan dengan Perlembagaan dan objektif-objektif Persatuan Siswazah KUPU SB.

5. Seseorang ahli yang gagal membayar yuran tahunannya hendaklah dibekukan  segala  keistimewaan  dan  hak  keahliannya  oleh Jawatankuasa Eksekutif sehingga bayaran penuh dilunaskan.