Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLatar Belakang


Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ditubuhkan pada awal Tahun Baru Hijrah 1428 bersamaan dengan 20 Januari 2007, iaitu berikutan pengisytiharan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda sempena sambutan awal Tahun Baru Hijrah 1428.  Baginda telah menitahkan bagi penaikan taraf kepada peringkat Kolej Universiti daripada peringkat Maktab Perguruan Ugama.  KUPU SB dihasratkan menjadi sebuah institusi perguruan ugama yang unggul, menjadi kebanggaan dan memenuhi keperluan Negara serta bersedia membuka pintunya kepada pelajar luar Negara.

 

Kedudukan penubuhannya melambangkan mercu tanda keislaman yang unik dengan memartabatkan pengajian perguruan ugama dan khazanah ilmu kitab turath Melayu.  Pada masa ini KUPU SB mempunyai tiga (3) buah Fakulti; iaitu Fakulti Usuluddin, Fakulti Syariah dan Fakulti Pendidikan, dan enam (6) buah pusat pengajian iaitu Pusat Ilmu Teras, Pusat Bahasa, Pusat Pengajian Lepas Ijazah dan Penyelidikan, Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama'ah, Pusat Kajian Fiqh al-Usrah dan Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath.


Berlandaskan pengintegrasian ilmu, latihan, penyelidikan, perkhidmatan, teknologi dan jati diri yang holistik, sepertimana tercatat dalam misi penubuhannya, KUPU SB akan menyerlah dengan megah dan diiktiraf sebagai sebuah institusi pengajian tinggi kebanggaan negara yang masyur bertaraf antarabangsa. 


Sejak penubuhannya, KUPU SB telah menawarkan beberapa peringkat program dalam pelbagai bidang yang menjurus kepada pendidikan keguruan ugama dan pengajian Islam. Program-progam yang ditawarkan pada masa ini ialah:

Program Pasca Siswazah

  1. Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Usuluddin)
  2. Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Syariah)
  3. Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Pendidikan Islam)
  4. Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Bahasa Arab)
  5. Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Kajian Ahli Sunnah Waljamaah)
  6. Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Sejarah dan Tamadun Islam)
  7. Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Sastera Islam)
  8. Sarjana Perguruan Ugama (Usuluddin)
  9. Sarjana Perguruan Ugama (Syariah)
  10. Sarjana Perguruan Ugama (Pendidikan Islam)
  11. Sarjana Perguruan Ugama (Bahasa Arab)
  12. Sarjana Perguruan Ugama (Sastera Islam)
  13. Sarjana Perguruan Ugama (Kajian Ahli Sunnah Waljamaah)
  14. Sarjana Perguruan Ugama (Sejarah dan Tamadun Islam)
  15. Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah
  16. Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah (Pengajaran Bahasa Arab bagi Penutur Bukan Arab)
Progam Pra Siswazah
  1. Sarjana Muda Perguruan Ugama (Pendidikan Islam) dengan Minor
  2. Sarjana Muda Perguruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab)
  3. Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Pendidikan Islam)
  4. Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab)
  5. Diploma Pengajian Seni Al-Qur'an
  6. Diploma Pengajian Tauhid
  7. Diploma Pengajian Tafsir dan Hadith
  8. Diploma Pengajian Fiqh
  9. Diploma Pengajian Fiqh dan Usul Fiqh
  10. Diploma Pengajian Kitab Turath
  11. Diploma Pengajian Fiqh al-Usrah
  12. Diploma Kemahiran Jawi dan Kaligrafi Islam
  13. Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
  14. Sijil Khas Perguruan Ugama